ARTIKEL

Mayat warga asing ditemui dengan 10 kesan tikaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU KAWAN: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan berlumuran darah dengan 10 kesan tikaman di seluruh badan disyaki dibunuh di Taman Central Island ASPEN, di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat itu pada 9.20 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah dan pegawai perubatan yang ke lokasi kejadian mengesahkan lelaki yang tiada dokumen pengenalan diri itu telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing dan terdapat 10 kesan tikaman di seluruh badan lelaki itu, ketika ditemukan dia memakai pakaian lengkap iaitu t-shirt berwarna merah serta berseluar jeans,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan identiti mangsa dan kenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pembunuhan itu.

Khaw berkata polis juga mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian bagi mengesan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Pihak polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu atau orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. — BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU