ARTIKEL

Mayat warga emas dibaham buaya ditemui 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SKRANG: Mayat warga emas Chaong Baringai yang dipercayai dibaham buaya pada Sabtu ditemukan, hari ini dengan kesan gigitan di leher.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong Kapten Siti Huzaimah Ibrahim mengesahkan penemuan lelaki berusia 67 tahun itu sekitar jam 8.40 pagi.

“Mayat ditemui kira-kira jam 8.40 pagi, lebih kurang 10 meter dari lokasi insiden.

“Didapati mayat masih sempurna, cuma ada kesan gigitan pada bahagian leher,” katanya.

Jelasnya lagi, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pada Sabtu kira-kira 10.20 pagi, semasa kejadian difahamkan Chaong sedang mengisi air ke dalam tangki racun pam di tebing sungai tidak jauh dari kebun sawit dan sawah padi.

Isteri mangsa yang berada tidak jauh dari lokasi sempat melihat kejadian yang mengejutkan itu.

Beliau memberitahu seekor buaya telah menyambar suaminya dan membawa mangsa pada jarak kira-kira 200 meter ke hulu sungai tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial