ARTIKEL

BANTUAN... Abang Jamili menyerahkan bantuan kepada Ketua Kpg Hilir Beladin, Awang Subhi Abang Halil, di Kpg Semarang.

Maybank Islamic bantu 6,000 keluarga di 11 negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUSA: Sebanyak 6,000 keluarga dari 11 negara menerima bantuan bekalan makanan menerusi Program Regional Ramadan Relief oleh Maybank Islamic, tahun ini.

Pengarah Wilayah Sarawak Maybank Banking Bhd, Abang Jamili Abang Julai, berkata program tahunan Maybank Islamic sejak 2013 itu masih dapat diteruskan.

“Pada tahun ini, Maybank Islamic telah memperuntukkan RM1.7 juta bagi tujuan bantuan bekalan makanan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 6,000 keluarga di 11 negara.

“Selain Malaysia, bantuan diagihkan ke Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Thailand, Kemboja, Brunei, Dubai, dan saudara kita di Cox’s Bazaar, Bangladesh, melalui kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia, MERCY Malaysia, Islamic Aid Malaysia, Yayasan Ikhlas, serta beberapa rakan kemanusiaan di lokasi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Regional Ramadan Relief Maybank Islamic 2024 di Kampung Semarang.

Jelasnya, program itu diadakan serentak di kesemua negara berkenaan dengan majlis satelit diadakan di Jakarta Selatan.

Menurutnya lagi, Maybank Islamic sentiasa menjadi peneraju dalam program tanggungjawab sosial dan menyumbang semula kepada masyarakat untuk membantu meringankan beban kehidupan di negara-negara di mana Kumpulan Maybank beroperasi.

Baca lain  Minat hasilkan pastri jadi punca rezeki

“Maknanya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kedatangan Ramadan, tetapi juga sebagai satu inisiatif Kumpulan Maybank untuk bersama-sama mendekatkan diri dengan masyarakat setempat serta usaha bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Justeru, antara penerima bantuan termasuklah ibu tunggal, anak-anak yatim, warga emas, pesakit kritikal, orang kelainan upaya dan golongan lain yang layak menerima zakat.

“Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi serta membolehkan mereka menjalani Rukun Islam yang ketiga (puasa) dengan lebih baik bersama umat Islam lain, pada Ramadan akan datang” ujarnya.

Semasa program di Dewan Wanita Kampung Semarang itu, Abang Jamili menyempurnakan penyerahan simbolik 100 bakul makanan iaitu 20 untuk Kampung Spinang, 42 untuk Kampung Beladin dan 38 untuk Kampung Semarang.

Pegawai Penaung Sarawak MERCY Malaysia, Diana David serta ketua masyarakat dan ketua kaum turut hadir sama.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi