ARTIKEL

Maybank sediakan solusi pembiayaan kepada pelanggan terkesan pendemik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memproses lebih 200,000 permohonan bantuan pembayaran semula dan meluluskan semua permohonan yang layak diproses RM32 bilion sehingga Mei 2021.

Daripada permohonan yang diluluskan itu, 37 peratus diberikan lanjutan penangguhan pembayaran semula pinjaman dan pembiayaan mereka, kata bank berkenaan.

“Baki daripada pelanggan itu dibenarkan membuat pembayaran ansuran lebih rendah dengan tempoh yang dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pihak bank terus menyediakan pelbagai solusi pembiayaan untuk perniagaan dan individu, serta mengulangi komitmennya terus menyediakan bantuan pembayaran semula yang tersedia bagi mem bantu individu serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan masih boleh menghubungi pihak bank untuk berbincang dan mencari pakej yang paling sesuai bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka dan permohonan boleh di buat secara mudah melalui pelbagai saluran termasuk dalam talian demi kemudahan pelanggan.

“Keutamaan Maybank adalah untuk memastikan pelanggan terus mendapat akses kepada bantuan kewangan serta aliran tunai yang diperlukan agar mereka dapat memberi tumpuan kepada pengurusan kewajipan mereka yang lain semasa tempoh mencabar ini,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mei 2021

BERITA LAIN

S’wak, China ke arah pembangunan lebih mampan

KUCHING: Sarawak komited untuk bekerjasama dengan China, ke arah pembangunan lebih mampan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, bandar pintar dan inovasi

BERITA TERBARU