ARTIKEL

OPERASI… Antara premis hiburan yang telah diserbu

MBKS keluar 12 saman terhadap 12 premis hiburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua belas premis hiburan di sekitar Kuching Selatan telah dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam Operasi Bersepadu Noda yang dijalankan bersama IPD Kuching, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, operasi dijalankan terhadap 25 premis hiburan bermula pada 12 Jun 2024 jam 9 malam dan berakhir semalam pada jam 4 pagi.

“Operasi tersebut melibatkan seorang pegawai kanan dan pegawai; sembilan penolong penguatkuasa tempatan dan 11 pegawai rendah polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ashmon, hasil pemeriksan didapati 12 premis telah melanggar syarat lesen yang telah ditetapkan.

Antara kesalahannya adalah tidak mempunyai lesen hiburan; nyanyian dan karaoke, katanya.

“Kesalahan lain adalah pentas karaoke yang diubahsuai dan diletakkan di tingkat dua premis; premis yang mempunyai live band namun hanya menggunakan lesen menjual makanan dan minuman sahaja.

“Selain itu, terdapat premis yang membuka kedai sebanyak dua lot namun hanya menggunakan satu lesen sahaja.

“Secara keseluruhan, pihak MBKS telah mengeluarkan sebanyak 12 saman dan kompaun ke atas 12 premis tersebut dengan jumlah RM3,000 bagi setiap jenis kesalahan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU