ARTIKEL

MBKS pantau gerai jualan Hari Kekasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gerai-gerai jualan sempena hari kekasih di kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) adalah dalam kawalan.

Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng berkata, lokasi penempatan peniaga gerai jualan itu sebenarnya sudah ditetapkan dengan mengambil kira aspek keselamatan khususnya terhadap para pengguna jalan raya serta komuniti setempat.

Tegasnya, pihak penguat kuasa MBKS telah dikerahkan untuk sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan di lokasi para peniaga jualan terbabit.

BAHAYA… Wujudnya gerai menjual Hari Kekasih di tepi Jalan Tun Jugah berhampiran dengan pusat komersial 101 mengundang bahaya dalam kalangan pengguna.

“Sebenarnya, kesemua lokasi dan tempat para peniaga membuka gerai jualan hari kekasih telah kita tetapkan.

“Untuk makluman, lokasi-lokasi itu telah lama wujud dan dijalankan. Boleh dikatakan, ia menjadi budaya sempena menyambut hari istimewa tersebut dan kita maklum tentang perkara tersebut.

“Dari pihak MBKS, kita hanya membantu mereka mengimbangi keadaan selagi keselamatan terjaga,” katanya

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pembukaan gerai jualan sempena hari kekasih di beberapa lokasi khususnya di tepi jalan raya di kawasan MBKS ketika ditemui pemberita di tingkat 4 MBKS hari ini.

Mengulas lanjut, Wee mendedahkan kira-kira 30 permit telah dikeluarkan kepada peniaga bagi tujuan tersebut.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU