ARTIKEL

Wee bercakap kepada pemberita sempena sidang media Borneo–Japan NewTrends Trade Expo 2026 di MBKS hari ini.

MBKS pemacu pembangunan bandar bertaraf antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi terhad kepada penyelenggaraan infrastruktur dan penyediaan perkhidmatan asas semata-mata, sebaliknya perlu bertindak sebagai pemacu pembangunan bandar yang dinamik, inovatif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng berkata sebagai PBT, MBKS memikul tanggungjawab lebih besar untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat menerusi pelbagai inisiatif yang mampu menjadikan Kuching sebuah bandar raya bertaraf dunia.

“Selain menjalankan fungsi teras seperti penyelenggaraan kemudahan awam dan kutipan cukai taksiran, MBKS turut memberi tumpuan kepada pembangunan sosial, ekonomi dan pelancongan bagi memastikan bandar raya itu terus berkembang seiring dengan standard antarabangsa.

“Kita mahu Kuching menjadi sebuah bandar yang bukan sahaja mempunyai kemudahan asas yang baik, malah menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman kepada penduduk serta pelancong.

“Apabila muncul sesuatu yang baharu, kita perlu berani menerokainya. Jika ia memberi manfaat, kita harus menerimanya. Dengan cara itu bandar kita akan terus berkembang dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Borneo–Japan NewTrends Trade Expo 2026 (BJNT 2026) di ibu pejabat MBKS, di sini, hari ini.

Malah, Wee menegaskan, usaha berterusan MBKS mengangkat nama Kuching di persada dunia dapat dilihat menerusi pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang diterima bandar raya itu.

Katanya, antaranya ialah pengiktirafan sebagai Bandar Gastronomi Kreatif UNESCO, Bandar Mesra Kanak-kanak UNICEF dan Bandar Mesra Warga Emas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya lagi, pengiktirafan itu bukan sekadar simbol pencapaian, malah membuka akses kepada rangkaian antarabangsa yang membolehkan MBKS mempelajari amalan terbaik daripada bandar-bandar lain di seluruh dunia.

“Kita perlu mempunyai pelan jangka panjang untuk memanfaatkan rangkaian antarabangsa ini bagi membantu usahawan tempatan menembusi pasaran global dan meningkatkan daya saing bandar raya kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, penganjuran lebih banyak ekspo, persidangan dan acara bertaraf antarabangsa turut memberi impak positif kepada industri hospitaliti, pelancongan dan perusahaan tempatan, selain meningkatkan keupayaan masyarakat serta pengamal media untuk berinteraksi di peringkat global.

Tambahnya, setiap penganjuran acara antarabangsa menjadi platform untuk menguji kesiapsiagaan bandar dari segi kemudahan, pilihan makanan, perkhidmatan hospitaliti dan kemampuan masyarakat menjadi tuan rumah kepada pelawat luar negara.

“Kita tidak lagi hanya bersaing di peringkat serantau, sebaliknya perlu bersedia untuk bersaing di pentas antarabangsa.

“Sebab itu kita perlu terus berinovasi, meneroka peluang baharu dan berani mencuba idea yang boleh membawa manfaat kepada bandar raya ini,” katanya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan