ARTIKEL

Wee Hong Seng merakam gambar kenangan bersama-sama penduduk tempatan yang dirai dalam program Ihya Ramadan MBKS Bersama Komuniti di Dewan Masyarakat MBKS di sini, malam tadi.

MBKS santuni 200 kanak-kanak asnaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Walaupun mendiami kawasan bukan majoriti Islam, namun ia tidak menghalang kemeriahan sambutan Ramadan bagi masyarakat di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).


Bulan penuh keberkatan ini turut membawa keceriaan berganda kepada seramai 200 kanak-kanak asnaf di kawasan tersebut, apabila masing-masing menerima bantuan kewangan bagi membeli keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM150.


Kesemua mereka dirai dalam program ‘Ihya Ramadan MBKS Bersama Komuniti: Semarakkan Ramadan Membawa Keafiatan Bersama’ menerima sumbangan yang disampaikan oleh Datuk Bandarnya, Datuk Wee Hong Seng bertempat di Dewan Masyarakat MBKS di sini, malam tadi.


Inisiatif bertujuan mengukuhkan ikatan perpaduan, kerohanian, dan kesejahteraan masyarakat itu dihadiri penduduk tempatan, dari 15 buah kampung di sekitar pusat bandar raya, antaranya Kampung Tabuan Lama, Kampung Tabuan Lot, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Hilir dan Kampung Tabuan Lot Ulu Dani.


Di samping dari Kampung Tabuan Cemerlang, Tabuan Park, Kampung Kenyalang, Kampung Stutong Melayu, Kampung Tabuan Haji Drahman, Kampung Wan Alwi, Kampung Lumba Kuda, Kampung Simpang Tiga, Kampung Sg Periok, dan Kampung Sri Maimunah.

Baca lain  Raikan Gawai Dayak dengan semangat perpaduan


Majlis yang sama juga menyaksikan sebanyak 19 surau dan masjid di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu, masing-masing menerima sumbangan kewangan berjumlah RM700.


Penerimanya termasuk Masjid Darul Barakah BDC, Masjid Darul Falah Kpg Tabuan Haji Drahan, Masjid Wan Alwi Tabuan Jaya, Masjid Darussaadah Tabuan Melayu, Masjid Darul Ittihad Taman Kenyalang, Masjid Darul Akhirat Kpg Lumba Kuda, Surau Darul Ibadah Jln Mendu, Surau Darul Hassan Kpg Sg Periok, Surau Nurul Hidayah Kpg Cemerlang dan Surau Darussalam Tabuan Lot.

Juga menerima, Surau Darul Salihin Tabuan Tengah, Masjid Darul Hajat Tabuan Hilir, Surau Darul Hassanah Tabuan Lot No.3, Surau Darul Cemerlang Tabuan Cemerlang, Surau Darul Ibadah Kpg Sri Maimunah, Surau Al Mukhalis Kpg Stutong Melayu, Surau Darul Fattah Flat Tabuan Park, Masjid Al-Muhajidin Kompleks PDRM dan Surau Darul Taqwa Jabatan Laut Wilayah.


Pada majlis itu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) turut menyumbang satu set permaidani solat, telekung dan Tafsir al-Quran bagi setiap masjid dan surau serta cenderahati untuk anak-anak asnaf.

BERITA LAIN

Sentiasa pelihara semangat perpaduan dalam masyarakat

KUCHING: Pelbagai program yang membabitkan keterangkuman sosial perlu diadakan untuk mengukuhkan dan memelihara semangat perpaduan dalam negara. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk

Guna media sosial dengan betul

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian Royston Valentine menggesa orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan betul supaya dapat memberi manfaat kepada mereka. Beliau berkata,

Murid disaran kuasai 3M sungguh-sungguh

MUKAH: Guru Besar Sekolah Nanga Sikat Mukah, Ibrahim Abang Mahamud mengajak semua guru, ibu bapa dan masyarakat di Nanga Sikat berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pelajar

BERITA TERBARU

Sentiasa pelihara semangat perpaduan dalam masyarakat

KUCHING: Pelbagai program yang membabitkan keterangkuman sosial perlu diadakan untuk mengukuhkan dan memelihara semangat perpaduan dalam negara. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk

Perang Israel-Iran:Apa reaksi negara Arab lain?

Perang Israel-Iran menyebabkan beberapa negara Arab mengambil sikap berbelah bahagi dan ada yang mengecam Iran. Ada yang menyeru agar menahan diri, sementara yang lain memiliki