ARTIKEL

MBSB perkenal kemudahan perbankan digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Berhad memperkenalkan M Journey Corporate, sebuah platform yang menyediakan kemudahan perbankan digital kepada pelanggan korporat selain perkhidmatan kepada perniagaan menerusi Rumusan Pengurusan Tunai baharu.

M Journey Corporate memudahkan perkhidmatan perbankan korporat berkecekapan tinggi dengan perniagaan yang melakukan pelbagai transaksi, melaksanakan pembayaran tunggal dan pukal, menyepadukan terus antara sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) korporat dengan platform perbankan, pemantauan pembayaran, kutipan dan penyelarasan penyata bank.

Beberapa ciri tambahan M Journey termasuklah Secure File Transfer Protocol (SFTP) dan penempat deposit berjangka yang disertakan dengan kadar yang kompetitif.

Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, pihaknya sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan korporat mereka.

Jelasnya, melalui penyelidikan pasaran dan analisis data, mereka dapat membangun dan melancarkan M Journey Corporate yang menumpukan pada penyediaan kecekapan dan meminimumkan proses operasi manual.

“Kami yakin bahawa M Journey Corporate menyediakan fleksibiliti dan skala yang dapat digabungkan dalam infrastruktur pembayaran yang disesuaikan untuk perubahan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada majlis pelancaran M Journey Corporate, MBSB turut mengumumkan penyertaan syarikat yang mendaftar ke platform digital yang baru diaktifkan.

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU