ARTIKEL

Anthony Loke menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN ke-57 hari ini.

MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN, Pulau Pinang: Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik, Anthony Loke, mengalu-alukan penglibatan Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dalam kempen untuk memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

“Mungkin mereka telah mengubah fikiran, jadi kita alu-alukan (kempen untuk calon di PRK Sungai Bakap),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN ke-57 di sini hari ini.

Pada Sabtu lepas, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dilaporkan sebagai berkata bahawa parti itu berkemungkinan akan turun membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK berkenaan.

Pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu sebelum ini, MCA berpendirian tidak akan berkempen sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tidak diletakkan bertanding di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai akan datang sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap, dan 22 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Ros, dengan majoriti 1,563 undi. – BERNAMA

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan