ARTIKEL

MCMC nafi jadi alat kerajaan tutup mulut pengkritik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.


MCMC berkata 72 peratus permintaan kepada platform media sosial untuk disekat kandungannya, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian serta penipuan, dan sehingga 3 Jun lepas 53 peratus permintaan sekatan kandungan dalam talian yang dibuat oleh MCMC merentas semua platform, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian.


“Selain itu 19 peratus melibatkan penipuan dalam talian, 15 peratus dikenal pasti sebagai berita palsu, enam peratus berkaitan dengan kaum, agama dan royalti (3R), dan lima peratus lagi melibatkan gangguan,” menurut kenyataan itu.


MCMC berkata usaha memastikan persekitaran dalam talian yang selamat ialah matlamat bersama antara suruhanjaya dan platform media sosial.


“Bagi tujuan ini platform media sosial secara rutin dan konsisten melakukan penyingkiran proaktif terhadap kandungan yang melanggar piawaian komuniti mereka,” katanya.


MCMC seterusnya menafikan dakwaan ia digunakan untuk menyekat wacana awam mengenai isu atau dasar kerajaan, dengan mengatakan bahawa dakwaan itu membayangkan seolah-olah Putrajaya dan badan kawal selia lain tidak boleh menerima kritikan.


“Persepsi ini tidak tepat dan tidak menggambarkan operasi MCMC dan platform media sosial,” menurut kenyataan itu.


Malaysia dilaporkan membuat 1,862 permintaan kepada TikTok untuk menyekat kandungan tertentu pada separuh kedua tahun lepas, pal;ing tinggi berbanding negara lain.


Negara yang membuat permintaan kedua terbanyak dalam tempoh itu ialah Australia, dengan hanya 651.
TikTok berkata ia menerima sejumlah 2,202 permintaan daripada Malaysia tahun lepas, berbanding 70 pada tahun sebelumnya.


Meta berkata ia juga telah menyekat kira-kra 8,600 kandungan di Malaysia sepanjang tahun lepas, peningkatan ketara berbanding 553 sekatan kandungan yang dikenakan pada 2022.


MCMC berkata ia hanya akan mengemukakan permintaan kepada platform dalam talian jika terdapat kandungan yang dianggap telah melanggar piawaian komuniti atau undang-undang Malaysia, dan bahawa sekatan sebenar kandungan adalah berdasarkan penilaian platform itu sendiri.


Suruhanjaya itu melaporkan bahawa pada suku keempat tahun lepas, satu platform media sosial secara proaktif mengeluarkan 1.8 juta kandungan dalam talian tanpa sebarang permintaan daripada pihak berkuasa.


Kandungan ini merangkumi pelbagai kategori seperti mempromosi buli dan gangguan, pelanggaran privasi, ucapan kebencian, maklumat salah, spam, tingkah laku tidak baik yang diselaraskan, maklumat salah yang memberi kesan secara langsung kepada proses politik, dan media tertentu yang dimanipulasi dengan maklumat tidak benar.


“Walaupun kritikan terhadap kerajaan atau ahli politik dibenarkan, terdapat had undang-undang terhadap kebebasan media, terutamanya apabila ia melibatkan isu sensitif seperti 3R,” katanya.


– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU