ARTIKEL

MCMC, PDRM tumpaskan kegiatan ‘swinger’ di Kedah dan Johor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menumpaskan kegiatan ‘swinger’ di Kedah dan Johor yang dikesan beroperasi secara dalam talian.

Kegiatan kumpulan ‘swinger’ itu melibatkan aktiviti suami isteri yang bertukar-tukar pasangan dan dikesan menerusi aduan orang ramai dan pemantauan MCMC.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di kedua-dua negeri menemukan kumpulan ‘swinger’ tersebut memiliki sejumlah besar video lucah dan hasil serbuan, beberapa barangan berupa telefon bimbit, komputer dan pemacu pena milik tiga individu telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Tiga individu berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan ’swinger’ berkenaan selain menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan.

“Modus operandi adalah dengan memuat naik klip video pendek melalui platform X, dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh dikenakan bayaran antara RM100 ke RM400 bagi akses pautan ke aplikasi Telegram,” menurut MCMC.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.  

MCMC dalam pada itu mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36