ARTIKEL

MCMC Pelawa Syarikat Kemuka Draf Pelan Bagi Projek Kabel Dasar Laut MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (MCMC) hari ini mempelawa pemegang lesen yang layak untuk mengemukakan draf pelan bagi inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) di bawah rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).

Suruhanjaya itu memaklumkan syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan Pendaftaran Kepentingan bersama-sama dengan Draf Pelan Perkhidmatan Sejagat untuk penilaian selaras dengan Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

“Inisiatif SALAM akan mewujudkan sistem kabel dasar laut baharu yang menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, mewujudkan rangkaian ketersambungan domestik yang lebih mantap dan pelbagai dari segi geografi.

“Projek itu bertujuan untuk memperkukuh daya tahan, kebolehpercayaan dan kesinambungan rangkaian komunikasi negara,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MCMC, sistem itu akan terdiri daripada 10 Stesen Pendaratan Kabel (CLS) yang disambungkan melalui empat segmen kabel dasar laut yang merangkumi kira-kira 5,582 kilometer.

“Sistem ini akan memperkenalkan laluan sambungan yang pelbagai dari segi geografi untuk meningkatkan kelewahan rangkaian, mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan dan memperkukuh daya tahan komunikasi Malaysia secara keseluruhan,” maklum kenyataan itu.

Menurut MCMC, rangkaian kabel dasar laut akan menyokong pengembangan berterusan perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian 5G di seluruh negara.

Projek itu juga dijangka menyokong pertumbuhan infrastruktur awan, pusat data, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri digital baru muncul yang lain.

Selain itu, ia juga dijangka dapat membantu menyokong ekonomi digital Malaysia, agenda rangkuman digital dan daya tahan negara bagi tempoh jangka panjang. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i