ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Ahmad Johnie (duduk dua kiri) merakam kenangan bersama-sama Ahli MDMD dalam Majlis Makan Malam Ahli Majlis bersama Wakil Rakyat.

MDMD perlu proaktif, sampaikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DARO: Ahli Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) perlu proaktif supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, ahli majlis memainkan peranan penting sejajar dengan langkah kerajaan dalam pembangunanan komuniti.

“Mereka (ahli majlis) merupakan penghubung kerajaan dengan rakyat melalui Kementerian Kerajaan Tempatan.

“Kita yakin dengan pelantikan setiap ahli majlis, dapat menjalin kerjasama dengan jabatan, agensi kerajaan serta semua kepimpinan di kawasan ini.

“Ini bagi memastikan pembangunan dilaksana dan kesejahteraan hidup rakyat dapat ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Ahli Majlis bersama Wakil Rakyat, di Dewan Masyarakat Daro, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, tegasnya, ahli majlis juga perlu mempunyai idea dalam perancangan pembangunan komuniti.

“Ini termasuklah perancangan bagi membantu peniaga-peniaga kecil dalam perniagaan mereka,” katanya.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU