ARTIKEL

MDS agih bubur lambuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Masyarakat setempat khususnya pengunjung bazar Ramadan Simunjan terus disantuni.

Semalam, Majlis Daerah Simunjan (MDS) telah mengagih sebanyak 350 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung bazar berkenaan.

Program yang melibatkan semua Ahli-Ahli Majlis MDS selain disertai Adun Simunjan, Awla Dris yang turut menyempurnakan majlis perasmian program berkenaan.

Menurut Awla, walaupun bulan Ramadan kian menghampiri penghujungnya namun program berkenaan tetap dilaksanakan.

“Secara tidak langsungnya, program seperti ini mampu menjadi wadah mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat,” ujar Awla.

Program tersebut juga merupakan rutin tahunan pihak MDS setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Simunjan Seroji Ludin, Setiausaha MDS, Mohd. Rizal Zakaria serta ketua-ketua masyarakat tempatan.

BERITA LAIN

Senari Synergy terima dua anugerah berprestij

BINTULU: Senari Synergy Sdn Bhd memperoleh dua anugerah berprestij daripada BrandLaureate Yayasan Jenama Dunia pada majlis makan malam gala Anugerah BrandLaureate. Syarikat itu menerima anugerah

BERITA TERBARU