MEDAC komited bantu usahawan, koperasi terjejas

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) komited bagi memastikan inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dapat segera dinikmati usahawan yang disasarkan agar aktiviti perniagaan dapat diteruskan susulan kesan kelembapan ekonomi akibat Covid-19.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian itu bersedia membantu dalam menyalurkan segala insentif Pemerkasa kepada para usahawan dan koperasi yang terkesan.

“Medac menyambut baik inisiatif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dalam Pemerkasa yang memberi lima fokus utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang 2021.

“Dengan pengumuman ini, diharapkan usahawan dapat meneruskan kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam tempoh yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, antara pemberian insentif berkaitan usahawan ialah Geran Khas Prihatin 3.0 iaitu bantuan sekali beri sebanyak RM1,000 serta dana pembiayaan tambahan RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program di bawah Bank Simpanan Nasional, Tekun, Majlis Amanah Rakyat dan SME Corp.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

Suara Sarawak