ARTIKEL

Foto: Dewan Bahasa

Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 medan pertukaran idea

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM, Selangor: Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 kembali lagi tahun ini bagi usaha membentuk pemikiran tentang peri penting keharmonian masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama sekali gus menjadi medan pertukaran idea berkaitan isu semasa.

Bertemakan Menjiwai Rukun Negara, pertandingan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Perpaduan Negara itu melibatkan penyertaan daripada mahasiswa serta mahasiswi institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Pertandingan yang kali pertama diadakan sejak 2005 itu telah berlangsung pada 4 dan 5 Mei lalu bagi pusingan awal dan suku akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Peringkat separuh akhir dan akhir pula diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 15 Mei dan semalam. Tema Menjiwai Rukun Negara dipilih bagi pertandingan tahun ini seiring dengan falsafah Rukun Negara dalam menyeragamkan fahaman aneka kepelbagaian yang wujud di Malaysia dan menjadi simbol serta lambang perpaduan negara.

Pada masa sama, program berprestij yang diberi nafas baharu sejak tahun 2022 itu merupakan satu daripada inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 menjadi platform bagi generasi muda dan belia mengutarakan pandangan serta membincangkan aspek perpaduan melalui konteks masyarakat madani.

Terdahulu JPNIN dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan itu terbuka kepada 200 peserta debat daripada 50 pasukan IPT yang telah didaftarkan sebagai Sekretariat Rukun Negara (SRN).

Menurut JPNIN, johan pertandingan membawa pulang wang tunai RM10,000, geran aktiviti SRN berjumlah RM10,000 serta hadiah iringan.

“Program ini juga dianjurkan bagi membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan melalui wahana perdebatan.

“Selain itu, ia juga bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa melalui perdebatan yang berteraskan Rukun Negara,” ujarnya dalam kenyataan itu.

BERITA LAIN

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan