ARTIKEL

Setiausaha Agung Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Sayid Iskandarsyah

Media Malaysia perlu bersatu bentuk, perkasa majlis media

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Perlu ada kemahuan politik untuk merealisasikan penubuhan majlis media di setiap negara.

Demikian jelas Setiausaha Agung Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Sayid Iskandarsyah yang berkata semua organisasi wartawan dari seluruh negeri perlu bergabung untuk membentuk majlis media di Malaysia. 

Beliau berkata di Indonesia, Dewan Pers (Majlis media) dibentuk kerana undang-undang.

“Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia bersedia untuk melindungi kebebasan media? 

“Persatuan media Malaysia juga mesti bersatu dan membentuk persatuan utama yang kemudiannya akan memperkasakan majlis media,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia.

Manakala Ahli Dewan Pers Indonesia, Tri Agung Kristanto, penubuhan majlis media dapat membantu dalam merealisasikan pembangunan kecekapan kewartawanan dan kebebasan syarikat akhbar.

Beliau berkata, ia juga dapat memastikan pengamal media terus berpegang dan mengekalkan etika yang baik.

“Media sebenarnya mewakili suara masyarakat dan bertanggungjawab kepada orang ramai. 

“Sebagaimana di Indonesia, Dewan Pers bertanggungjawab ke atas beberapa bidang utama. Ia termasuk latihan pendidikan dan pembangunan kompetensi; menyediakan panduan berkaitan syarikat media serta melindungi wartawan dan syarikat media,” katanya.

Pada lawatan berkenaan, seramai 15 wartawan daripada pelbagai agensi berita Malaysia menyertai Program Jejak Serumpun di Jakarta bermula 12 hingga 21 Februari depan.

Lawatan ini sempena Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 dan Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia 2024, yang akan berlangsung pada 20 Februari ini.

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU