ARTIKEL

Media sosial dan e-dagang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEJAK Covid-19 melanda dunia, ia secara tidak langsung membuka mata kita tentang kepentingan digital dalam urusan seharian seperti ekonomi digital.

Banyak urusan boleh dilalukan dengan kemudahan secara digital dengan syarat tersedianya perkhidmatan Internet.

Memandangkan e-dagang telah lama wujud, banyak platform digunakan untuk tujuan jual beli dalam talian seperti di TikTok Shop.

Urusan jual beli e-dagang dilihat memberi manfaat kepada ramai pengguna untuk berniaga atau sekadar menjadi orang tengah pelbagai pilihan barangan terutama produk luar negara.

Bagi pengguna pula, ia lebih memudahkan kerana hanya perlu membuat pilihan barangan dalam aplikasi tertentu dan barangan tersebut terus di hantar di rumah.

Sangat efektif untuk perkembangan dunia digital ekonomi.

Namun, perkara yang dilihat seolah-olah baik dari pelbagai perkara terselit kelemahan dari sudut pandang lain.

Bagaimana pula dengan nasib produk tempatan dari segi harga dan permintaan.

Apa pula nasib peniaga kecil dan pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?

SEKATAN TIKTOK SHOP INDONESIA

Perkara ini dilihat merugikan oleh kerajaan Indonesia apabila membuat keputusan untuk sekat TikTok Shop bermula 4 Oktober lalu.

Penutupan TikTok Shop bertujuan melarang media sosial yang berfungsi sebagai e-dagang di negara tersebut.

Justeru, peniaga yang sebelum ini bertapak di TikTok Shop disaran menggunakan platform e-dagang sebenar meneruskan penjualan seperti biasa.

TikTok tetap menjadi platform media sosial dan masih dibenarkan untuk tujuan promosi produk barangan.

Sebelum ini, India dan Amerika Syarikat terlebih dahulu melarang TikTok daripada mengendalikan media sosial dan perniagaan e-dagangnya secara serentak.

Jadi adakah Malaysia mengikut jejak langkah tiga negara tersebut?

kajian dan penelitian yang rapi memandangkan Indonesia merupakan antara pengguna TikTok terbesar di dunia.

ADIL

TikTok yang dimilik ByteDance yang berpangkalan di China, mempunyai 125,000,000 pengguna aktif di Indonesia.

Dalam jumlah tersebut dikatakan seramai 6,000,000 peniaga di TikTok Shop dan 7,000,000 memiliki TikTok Affi liate.

TikTok Affi liate membolehkan seseorang berniaga secara dalam talian tanpa memerlukan modal.

Mereka hanya perlu mempromosikan barangan tertentu dengan cara menyediakan video pendek dan mendapatkan bayaran sekiranya barangan terjual daripada akaun mereka.

Kerajaan Indonesia percaya, tindakan sekatan TikTok Shop tidak merugikan peniaga sedia ada memandangkan banyak platform e-dagang tersedia.

Peniaga luar talian pula boleh menarik nafas lega apabila penjualan produk mereka tidak “dicantas” peniaga lain yang menawarkan harga jauh lebih murah.

Justeru tindakan ini dilihat adil untuk peniaga dalam dan luar talian untuk bersaing.

Kerajaan Malaysia juga tetap meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

LAIN-LAIN BERITA

Celik undang-undang jalan raya

ZAMAN datuk nenek kita dulu cukup serasi dengan Program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Rakyat. Ramai yang berjaya memperoleh lesen memandu atau menunggang motosikal daripada

Kenapa Malaysia tidak guna nuklear?

MAJORITI negara bersetuju untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida untuk melestarikan bumi. Dan, persidangan Perbadanan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan banyak langkah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG),

Kayu ukur kejayaan

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan. Ada kalanya, ia menjadi

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

BERITA TERBARU