ARTIKEL

Meer Nash digesa berhenti menyanyi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PESERTA Big Stage 2023 (BS2023), Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul atau lebih dikenali sebagai Meer Nash menerima komen di media sosial yang menggesa dia berhenti menyanyi atas alasan tiada bakat.

Justeru, dia mengambil keputusan mengabaikan sahaja komen tersebut dan mahu buktikan bahawa hal yang dikatakan itu tidak benar.

Nash berkata, dia pertama kali menyemak ruangan komen setelah empat minggu berada di pentas BS2023 sebelum tersingkir.

Dia turut memberitahu bahawa, dia tidak pernah membaca komen di media sosial sepanjang berada di pentas BS2023 atas alasan untuk menjaga emosi semasa membuat persembahan.

“Saya sebelum ini tidak pernah membaca komen di media sosial dan ini kali pertama saya membacanya setelah tersingkir.

“Saya bimbang ia mengganggu fokus ketika bertanding,” katanya memetik media tempatan.

Meer Nash pada masa itu mempersembahkan lagu berjudul Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia, tetapi malangnya tersingkir kerana hanya memperoleh markah sebanyak 45.33 peratus.

BERITA LAIN

Lelaki dipenjara menyamar ahli BTS

LELAKI yang dikenali sebagai A dijatuhkan hukuman penjara kerana menyamar sebagai ahli BTS untuk memperoleh lagu yang belum dikeluarkan BTS. Memetik media antarabangsa, mahkamah mengekalkan

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

BERITA TERBARU