Mej. Jen. Dato’ Dzulkafli Mustaffa bersama 156 anggota Tentera Darat terima suntikan kedua

KUCHING: Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (VVP) Dewan Seri Angkasa, pangkalan udara Kuching pada hari ini bagi melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19.

Seramai 156 anggota Tentera Darat di sekitar Kuching telah menerima dos kedua suntikan vaksin Covid-19 bermula jam 9.00 pagi.

“Sesi hari ini merupakan kesinambungan daripada Program Imunisasi Tentera Darat Malaysia mendukung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)”.

Menurutnya, program ini bertujuan agar imuniti kelompok dapat dibentuk dalam kalangan komuniti dan seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, turut hadir melengkapkan suntikan dos kedua adalah Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Azhar Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat di sekitar Kuching.

Brigedier Jeneral Dato’ Azhar Ahmad, Panglima 3 Briged bergambar bersama prop photobooth usai tamat tempoh pemerhatian setelah mengambil suntikan dos kedua pagi tadi.

SUNTIKAN….Mej Jen Dato’ Dzulkafli Mustaffa sedang menerima suntikan dos kedua vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech)

Suara Sarawak