ARTIKEL

Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Panglima 1 Divisyen baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis sah memegang jawatan selaku Panglima 1 Divisyen bagi menggantikan Mejar Jeneral Datuk Hassan Embong.

Majlis serah terima tugas berlangsung di padang kawad kem Muara Tuang hari ini disaksikan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

Turut berlangsung, acara perbarisan melibatkan seramai 27 pegawai dan 461 anggota lain-lain pangkat.

Perbarisan diiringi pancaragam gabungan Divisyen Pertama Infantri Malaysia di bawah pimpinan Drum Mejar Pegawai Waran 2 Madzli Ibnu dari Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD).

Mohamed Fauzi merupakan anak kelahiran Kluang, Johor, dilahirkan pada 2 Disember 1970 sebelum ini menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas ATM bermula 24 Oktober 2022 sehingga 20 Disember 2023.

Sementara, Datuk Hassan mula menyandang jawatan Panglima 1 Div bermula 5 September 2022.

Beliau akan bertukar keluar ke Markas Tentera Darat-Bahagian Inspektorat Tentera Darat menjawat jawatan sebagai Inspektor Jeneral Tentera Darat.

Turut hadir perbarisan, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Adnan Hashim, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun, Panglima Briged Ke-31 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Kamarulzaman Mohd Yunos dan pegawai-pegawai kanan TDM.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU