SIBU: Akibat terpedaya dengan iklan pinjaman yang tidak wujud, seorang ketua mekanik mengalami kerugian RM41,980 akibat ditipu, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataannya berkata, terdahulu mangsa berusia 45 tahun melihat iklan pinjaman di Facebook pada 28 Februari lalu dan berminat untuk memohon RM40,000 untuk membayar pinjaman perumahannya.
“Setelah menghubungi pengiklan tersebut, mangsa kemudian dihubungi oleh seorang individu bernama Vincent.
“Mangsa kemudian diberitahu pinjamannya diluluskan tetapi perlu membuat pembayaran untuk memproses yuran,” jelasnya.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Mac 2021