ARTIKEL

Mekanik sambilan ditahan memiliki dadah jenis syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang mekanik sambilan ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis syabu ketika diperiksa polis di sebuah bengkel kenderaan di Kampung Pengkalan, semalam.

Serbuan di lokasi berkenaan dilakukan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah IPD Bau sekitar jam 2.35 petang.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 32 tahun.

“Semasa pemeriksaan suspek dalam keadaan cemas lalu cuba menyembunyikan satu beg kecil berwarna merah yang digenggamnya ke arah belakang badan.

“Apabila diperiksa terdapat satu peket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal putih disyaki dadah Syabu seberat 0.64 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, dadah tersebut dianggarkan bernilai RM60.

TAHAN… Suspek mengaku sebagai mekanik sambilan ditahan selepas didapati memiliki syabu

 

DADAH… Ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.64 gram yang dirampas daripada suspek

BERITA LAIN

BERITA TERBARU