ARTIKEL

Mekanisme pelaksanaan perkhidmatan air dirangka untuk tempoh sedekad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan merangka dan menyediakan mekanisme bagi pelaksanaan transformasi perkhidmatan air untuk tempoh sedekad akan datang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PETRA juga sedang merancang mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan bekerjasama dengan Persatuan Air Malaysia (MWA) untuk mengumpul idea serta maklum balas daripada semua pihak.

“Beberapa pertimbangan penting ialah seperti pendigitalan dan penggunaan AI dalam industri air untuk meningkatkan kelestarian dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Selain itu, meskipun pengurusan sumber air dan amalan pengurangan kos kekal sebagai manfaat utama, pengendali juga perlu melihat pengurusan dan peningkatan hasil untuk memastikan kelestarian industri air,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Ke-36 dan Malam Anugerah 2024 MWA sempena Anugerah Industri SPAN dan ASIAWATER 2024 di sini semalam.

Fadillah berkata usaha mereformasi penyampaian sektor perkhidmatan air merupakan keutamaan strategik dan memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan di semua peringkat tempoh tertentu di Malaysia.

Pada majlis itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Air Malaysia MWA dan Anugerah Industri SPAN atas sumbangan mereka yang cemerlang kepada industri air.
Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sementara itu, Pengerusi SPAN Charles Santiago berkata anugerah tersebut yang julung kali diperkenalkan bagi memberi penghormatan dan mengiktiraf pencapaian cemerlang serta amalan terbaik pemain industri dalam memacu dan menyokong agenda kelestarian air negara.

Presiden MWA Dr Mohmad Asari Daud pula berkata acara itu turut mewujudkan peluang kepada industri untuk memperkukuh rangkaian dan pengetahuan mereka serta membincangkan perkembangan industri semasa acara ASIAWATER.


Dalam acara anjuran SPAN dan MWA, sejumlah 12 anugerah disampaikan kepada pemain industri bagi pencapaian cemerlang mereka dalam pelbagai kategori seperti Anugerah bagi Kepimpinan Wanita, Anugerah Utama Operator Awam Terbaik 2023, Anugerah Perkhidmatan Prestasi Terbaik, Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Inovasi Industri Air Terbaik.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti