ARTIKEL

Anwar (tengah) bercakap pada sidang media selepas melawat Pameran Era Pasca-Normal MADANI di Berjaya Times Square, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS), Profesor Ziauddin Sardar (kanan) serta Penolong Pengarah CPPFS, Scott Jordan (kiri).

Mekanisme, tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dimaklum dalam masa terdekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mekanisme dan tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api diesel akan dimaklumkan pada masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu akan dijelaskan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, kerana beliau sudah pun memberikan gambaran mengenainya dan kini hanya perlu tindakan susulan.

“Ada orang tanya mengapa? Bukan semua Perdana Menteri yang lakukan. Saya beri gambaran dan kerangka besar, kemudian akan ada tindakan susulan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Pameran Era Pasca Normal MADANI di sini, hari ini.

Dalam Perutusan Negara yang disampaikannya pada Selasa lepas, Anwar berkata Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, ketika ditanya tentang calon jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata calonnya sudah pun dikenal pasti.

“Sudah, kita sudah ikut prosesnya dan ia harus dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil menambah proses pemilihan calon itu tidak memerlukan kerajaan berunding dengan Timbalan Pengerusi SPR sedia ada.

Jawatan pengerusi suruhanjaya itu kosong sejak persaraan Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 9 Mei lepas.

Menyentuh tentang pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lepas, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan esok ketika berada di Sarawak.

“Pada peringkat awal, kita akan bincang dengan kepimpinan parti, kemudian bersama pimpinan (Kerajaan Negeri Sarawak) kerana perkhidmatan dua Yang Dipertua (sebelum ini) tamat sebelum tempoh. Jadi saya akan bincang perkara ini esok di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, menjawab isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘parallel pathway’ yang kian berlarutan, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual