ARTIKEL

Meladeni raksaksa pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

APAKAH erti meladeni? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat – laden bermaksud layan atau sambut, dan meladeni bermaksud menerima atau menyambut, mengendahkan atau melayan. Dalam kehidupan seharian kita meladeni tetamu dengan mengalu-alukan mereka dengan hormat dan santun. Itu lumrahnya.

Kali ini kita hendak berbicara tentang keadaan sebuah masyarakat meladeni projek pembangunan mega yang dilaksanakan di kawsasan mereka. Kebetulan kebelakangan ini banyak projek mega dilaksanakan di merata-rata negeri ini. Kerajaan Negeri pula berjanji akan meneruskan pelaksanaan projek mega walaupun Kerajaan Persekutuan menangguhkan sebahagian daripadanya demi menjimatkan wang.

Fokus kita ialah bagaimana kesannya terhadap orang kita yang terlibat dalam pelaksanaan projek demikian. Mari kita secara ikhlas cuba memahami kesan sosioekonomi dan sosiobudaya apabila dilaksanakan sebuah projek untuk masyarakat. Sebagai contoh sebelum siap Jambatan Durin di kedua-dua tebing Sungai Rajang, wujud banyak gerai kraf tangan dan sayur-sayuran, buah-buahan, malah ada gerai ikan.

Kebanyakan orang yang menaiki feri menyeberangi sungai singgah di sana untuk membeli. Namun nasib pengendali gerai berubah setelah jembatan itu siap dan perkhidmatan feri ditamatkan. Tiada lagi pelanggan singgah dan mereka kerugian. Adakah jambatan itu yang membinasakan kehidupan mereka yang meladeni pembinaannya? Cuba kita lihat pula tentang sebelah-menyebelah Sungai Sadong yang direntang Jambatan Batang Sadong. Dahulu kawasan itu sunyi sepi dan tiada peniaga kerana mereka berniaga di pangkalan feri lama. Kini kawasan itu sibuk.

Maka tidak boleh dirumuskan bahawa pembinaan jambatan merosakkan perniagaan. Apabila bercakap tentang perniagaan, serta peluang memperbaiki kehidupan ketika sedang dilaksanakan pembangunan mega melibatkan beberapa kampung sepanjang jalan dari simpang Mukah ke Tanjung Manis saya terkilan apabila mengetahui di tepi jalan dari pangkalan Feri Serdeng di Batang Paloh ke kampung saya kini ada sebuah kedai makan serta rumah tumpangan. Ia berdekatan Kampung Sedau, tempat saya lahir.

Entah bila wujudnya kedai itu dan siapa pemiliknya? Saya diberitahu bahawa kedai dan rumah rehat itu milik seorang lelaki dari Mukah yang dahulunya bekerja di kawasan industri Tanjung Manis dan bertemu jodoh dengan seorang wanita dari negara jiran yang bekerja di situ.

Mereka berhenti kerja dan membeli tanah di kawasan strategik dan membuka perniagaan. Bisnesnya laris. Perasaan saya bercampur-baur, gembira, hairan, sedih, dan marah, serta akhirnya berasa insaf dan kesal. Saya gembira kerana feri dan jambatan yang belum siap itu sudah membuka peluang perniagaan di kampung halaman saya. Saya sedih kerana bisnes itu bukan milik orang kampung saya.

Saya hairan dan marah kerana penduduk Kampung Sedau dan Serdeng atau Semop tidak merebut peluang yang datang dengan pembangunan mega yang sedang dilaksanakan. Mengapa mereka tidak membuka perniagaan demikian sedangkan mereka tahu bahawa orang yang berulang-alik antara Lebuh Raya Borneo ke Tanjung Manis perlukan tempat untuk menjamu selera. Saya marah kerana saudara mara saya tidak berfikiran kreatif, progresif dan inovatif? Terbungkam saya, dan akhirnya saya marahkan diri sendiri kerana tidak ambil berat hal ehwal kampung halaman.

Saya insaf dan menjadi sedih kerana menyedari bahawa yang  masih tinggal di kampung selain daripada kanak-kanak sekolah dan guru sekolah ialah warga emas yang sudah lusuh tenaga dan kurang modal untuk mengurus bisnes moden.

Hampir semua golongan muda sudah berhijrah ke bandar mengejar peluang kehidupan yang lebih baik. Malah ada yang membawa ibu bapa dan adik beradik dan menjual rumah di kampung (ini termasuk diri saya). Saya antara penyebab para penghuni kampung tempat saya dilahirkan dan mula bersekolah, tidak mampu meladeni pembangunan yang sarat dengan peluang kemewahan.

Mereka hanya mampu menonton gergasi bernama pembangunan itu melangkah gagah menggegarkan bumi sehingga melonggarkan tulang temulang mereka yang tidak dapat menikmati sepenuhnya khasiat pembangunan itu. Apakah peranan anak-anak kampung yang merantau? Tidak akan buang batu dan membiarkan kampung dilenyek raksaksa pembangunan?

Bagaimana kalau ditubuhkan koperasi atau persatuan alumni untuk menjadi platform bagi ambil peduli hal hidup mati kampung halaman?

BERITA LAIN

Sayangi anak istimewa

HIDUP impikan kesempurnaan. Dahulu impian saya nombor satu memiliki anak-anak yang sihat, sempurna fizikal, beradab dan pandai sekolah dan panjang umur. Saya tidak impikan benda

Harapan selepas SPM

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia adalah peperiksaan penting, sebagai detik permulaan anak-anak muda

Penulis upahan, kisah nasib dan Abang Jo

TATKALA Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji Sarawak dan Premiernya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam podcast Meh Dengo Jap!

Pentingnya Kemahiran

JUMAAT minggu lepas, dua belas pelajar Universiti Malaysia Sarawak menamatkan latihan industri sebagai wartawan pelatih di akhbar kami — Suara Sarawak. Selama tiga bulan, mereka

Tiada kaitan dengan nasib

BERAPA ramaikah pemimpin, profesor, ahli perniagaan di dunia berjaya kerana nasib? Jika anda sebagai wartawan, penulis dan wartawan mengakui bahawa anda berjaya dan cemerlang dalam

Tragedi Rafah di mata AI

KETIKA Israel memastikan tidak wujudnya negara merdeka Palestin, sejumlah besar 146 negara daripada total 193 negara anggota PBB sudah pun mengakui kewujudan Palestin. Terbaru Ireland,

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup