ARTIKEL

Melaka United ujian penting SUFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AKSI persahabatan menentang skuad Liga Super, Melaka United di Stadium Sarawak Ahad ini (8.30 malam) akan menjadi ujian penting buat Sarawak United FC.

Setelah kalah dalam ketiga-tiga aksi persahabatan di Semenanjung Malaysia, SUFC sekarang kini dijangka akan bangkit semula.

“Barisan pemain SUFC sekarang ini, lain daripada pasukan yang beraksi di Semenanjung bulan lalu,” kata sumber.

“Kehadiran pemain seperti Patrick Ronaldinho pasti akan memberikan kekuatan tambahan,” jelasnya.

Dalam aksi di Semenanjung Januari lalu menyaksikan SUFC kalah 5-0 kepada PDRM, tewas 4-1 kepada Perak II dan tumpas 2-1 kepada Kuala Lumpur.

Selain Ronaldinho, SUFC juga dibarisi pemain ternama lain seperti Amri Yahyah, S. Chanturu, Ashri Chuchu, Fauzi Roslan dan beberapa pemain lagi.

Kemasukan untuk aksi malam ini adalah percuma.

Antara lain, ia merupakan perlawanan pemanas badan keempat buat SUFC.

Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan barisan pemain SUFC kepada para peminat.

Ini kerana ramai peminat masih tertanya-tanya, siapa agaknya pemain SUFC.

Bagaimanapun, sesi rasmi memperkenalkan pemain dan jersi pasukan akan diadakan di Asajaya Rabu depan (19 Februari) jam 7.30 malam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira