Trending

MELAMPIS EMOSI DI MEDSOS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

HARI demi hari, ledakan teknologi semakin dirasai terutama dalam penggunaan media sosial.

Di Malaysia sahaja menurut statistik pada 2021, sebanyak 28 juta pengguna media sosial.

Kini, pastinya kian bertambah. Sukar “nak diheran” apabila peranti pintar dan Internet menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia hari ini.

Bayangkan tiada telefon pintar, bayangkan juga tiada Internet, ibarat pepatah lama; katak di bawah tempurung.

Gelap dan kosong. Begitulah hebatnya pengaruh teknologi komunikasi.

Jika diguna dengan betul, baiklah manfaatnya.

Namun, jika disalah guna, buruklah padahnya.

Justeru, pelbagai isu sering dibincangkan seperti melampias emosi dan cetek ilmu.

Bagaimanapun, sebelum itu, molek kiranya penulis berkongsi fakta menarik dan trend media sosial tahun ini.

LEBIH 4.74BIL PENGGUNA

Dalam artikel tulisan Matt Ahlgren websiterating.com menyatakan, media sosial mengubah kehidupan dan cara berinteraksi dengan rakan, keluarga, komuniti dan peniagaan.

Ia bahkan memperkenalkan cara lebih pantas dan cekap mendapatkan berita serta maklumat.

Kesannya terbukti dengan fakta bahawa lebih 59 peratus penduduk dunia menggunakan media sosial.

Sebab itu Matt beranggapan jika Facebook, Twitter, YouTube atau WhatsApp ialah negara, tentu mempunyai lebih ramai penduduk berbanding China — negara paling ramai penduduk dengan 1.4 bilion.

Disebabkan penggunanya bukan sahaja golongan muda, tetapi melibatkan pelbagai peringkat usia termasuk warga tua.

Sehingga Oktober 2022, terdapat kira-kira 4.74 bilion pengguna media sosial yang aktif di seluruh dunia.

Daripada sumber itu juga, hampir 59.3 peratus daripada populasi global menggunakan sekurang-kurangnya satu platform media sosial.

Selain itu, 190 juta pengguna baharu direkod tahun lepas.

Menurut Matt, pakar mengaitkan lonjakan populariti media sosial dengan penggunaan meluas telefon pintar kerana hampir 4.08 bilion pengguna menggunakan peranti pintar masing-masing untuk mengakses platform media sosial kegemaran mereka.

Facebook, YouTube dan WhatsApp merupakan tiga platform media sosial yang paling banyak diguna di dunia. 

Menurut Matt, Facebook merupakan platform yang paling banyak digunakan dengan 2.96 bilion pengguna aktif.

YouTube mempunyai 2.5 bilion pengguna.

Sementara WhatsApp mempunyai hampir 2 bilion pengguna.

Alasan utama tujuan penggunaan adalah untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan.

Justeru, jika digunakan untuk berhubung dengan keluarga dan rakan, maka baiklah manfaatnya.

Jika sebaliknya, buruklah padahnya bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya.

MELAMPIAS EMOSI

Penggunaan aplikasi media sosial biasanya berkaitan kandungan bahan sama ada bertulis, berbentuk gambar, video, dokumen atau sebagainya.

Ada pihak yang sengaja membangkitkan kebencian dan fitnah ke atas sesuatu perkara.

Lebih teruk menjadi ejen provokasi yang sentiasa melihat sesuatu dari sudut pandang yang tidak betul… ini salah, itu tidak betul.

Kadangkala lebih banyak fitnah daripada fakta.

Sehingga jika difikirkan, banyak buruk daripada baik.

Namun, berbalik juga kepada penerimaan.

Maka, apabila menggunakan media sosial, buatlah tapisan kendiri.

Jangan mudah terpengaruh dengan isu negatif yang dibangkitkan.

Selain itu, jangan mudah berkongsi sesuatu… boleh mengundang fitnah dan kesannya cukup bahaya dan tidak mustahil mengganggu serta menggugat keharmonian.

Jika berasa waswas atau tidak pasti, biasakan untuk bertanya.

Orang kata, malu bertanya sesat jalan.

CETEK ILMU

Satu perkara lagi yang menjadi isu dalam penggunaan media sosial ialah hak cipta, hak milik, plagiat dan sebagainya.

Siapa masih ingat kisah novel Lafazkan Cintamu karya Aida Adriani?

Memetik akhbar nasional beberapa tahun lalu tentang karya berkenaan yang dihasilkan pada 2006, ia diterbitkan semula menjadi Bidadari Hati Farhan (Fatimah Aznan) pada 2015.

Dua tahun kemudian muncul di media sosial apabila ada pengguna menyalin semula novel tulisan Nia Qurratuaini dan Siti Rosmizah, tetapi berjaya dihentikan selepas pendedahan dibuat pembaca.

Namun, kini isu plagiat menjadi lebih parah. Ada penulis baharu memuat naik karya orang lain di media sosial.

Apabila mendapat tanda suka hampir 80,000 pembacaan, tulisan itu kemudiannya diterbitkan dalam bentuk fizikal.

Ini terjadi kepada novelis, Zuliana Abuas atau lebih dikenali sebagai Anna Lee apabila novelnya Hello, Its Me diplagiat dan diterbitkan semula menjadi Misi Delaila oleh penulis baharu.

Sama kisahnya dengan menyalin secara bulat-bulat kandungan media sosial orang lain tanpa izin atau tanpa memberikan sebarang “kredit”.

Ingat, setiap individu berusaha keras menghasilkan kandungan terbaik.

Ada pula pihak yang senang-senang tanpa rasa bersalah meniru kandungan bahan orang lain.

Kiranya semakin berleluasa di media sosial.

Tindakan memplagiat sedemikian boleh disifatkan sebagai cetek ilmu.

Mencuri hak orang lain demi kandungan media sosialnya.

Lebih teruk golongan ini tidak dapat ditegur dan sedaya upaya menegakkan benang basahnya.

Justeru, setiap pengguna media sosial harus memiliki rasa tanggungjawab.

Sewajarnya mereka ini diberi pemahaman tentang undangundang.

SUBURKAN KEHARMONIAN

Media sosial yang diibaratkan dunia baharu tanpa sempadan sepatutnya disuburkan dengan nilai murni.

Pendek kata digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat, tanpa menyinggung manamana pihak sehingga mampu meretakkan keharmonian dan perpaduan.

Apabila memuat naik sesuatu, pastikan dapat menyenangkan hati pengguna lain.

Apabila berjual, jangan berniat menipu atau mengambil kesempatan.

Tolak fitnah, provokasi melampau dan apa-apa jua yang tidak sesuai.

Sedarilah bahawa, media sosial merupakan dunia baharu yang semakin serasi dengan kehidupan.

Tanpa bersemuka kita mampu berkawan dengan sesiapa pun dari seluruh pelosok dunia.

Pada masa yang sama, kita juga harus bersedia dengan cabaran yang bakal muncul.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PERMUDAH URUSAN KWSP

MUKAH berada di zon tengah Sarawak sememangnya mengalami pembangunan pesat

KAWAL EMOSI DIRI

»SURAH Maryam memaparkan kisah yang sarat dengan pengajaran yang dititipkan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru