Melancong apabila Covid-19 reda

MUKAH: Untuk merancakkan semula ekonomi negara, rakyat Malaysia digalakkan melancong di dalam negara apabila keadaan pandemik Covid-19 kembali reda.
Itu jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Taib yang menyifatkan ia dapat membantu memulihkan semula ekonomi negara.
“Galakkan rakyat Malaysia bercuti di dalam negara apabila keadaan kembali pulih dan setiap garis panduan SOP perlu dipatuhi sepenuhnya.
“Kita harus ikut SOP dengan penjarakan sosial.
“Kalau tidak sihat jangan bercuti atau berjalan-jalan kerana kita perlu menjaga tahap keselamatan di dalam komuniti,” katanya ketika ditemui pemberita di Tapak Pesta Kaul Kala Dana Mukah.
Ujarnya Ahli Parlimen Mukah itu, inilah masanya rakyat yang belum menerokai Sarawak sepenuhnya untuk mempelajari budaya, adat, makanan, minuman dan gaya hidup yang ada.