ARTIKEL

Foto: AFP

Meletusnya Gunung Ruang, Indonesia keluarkan amaran tsunami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Ekoran meletusnya Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia mengeluarkan amaran tsunami.

Gunung tersebut terletak sekitar 100km dari ibu kota Manado, mula meletus pada 9 malam Khamis, waktu tempatan.

Berlaku empat letusan susulan dengan debu dan asap panas, lontaran batu setinggi sekitar 1,800 hingga 3,000 meter.

Menurut Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan yang dipetik media Indonesia, pemantauan visual dan bacaan menunjukkan peningkatan aktiviti sehingga paras amaran dinaikkan dari paras tiga (siaga) ke paras empat (awas).

Gunung tersebut turut mula mengalirkan lava.

Sementara aliran lahar merah mengalir menuruni gunung, sementara awan abu kelabu mengepul di atas kawah.

Wujud kebimbangan, sebahagian daripada gunung berapi mungkin runtuh ke laut dan menyebabkan tsunami seperti pernah berlaku 1871.

Pulau Ruang mempunyai sekitar 838 penduduk, kebanyakan mereka dipindahkan ke Pulau Tagulandang terdekat.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis. NHMS 2023:

HARIMAU BELANG MATI DILANGGAR DI KLK

KUANTAN: Seekor harimau belang dilaporkan mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

BERITA TERBARU