Memasak bermula dari hati

KUCHING: Jangan ketinggalan untuk menonton drama dari negara Thailand berjudul My Wicked Debtor yang bakal menemui penonton menerusi episod sulungnya pada 29 September ini di TVS saluran Astro 122.

Drama komedi bersiri dengan 20 episod ini akan bersiaran setiap Selasa hingga Jumaat pada jam 10 malam selama satu jam.

Ia mengisahkan seorang gadis cantik pengacara produk, Kati dengan Timbalan Polis Daerah yang nakal bernama Likit di kampung halamannya.

Selepas usaha Kati untuk melepaskan diri ke bandar daripada kehidupan di kampung yang sukar menemui jalan buntu, dia tidak mempunyai pilihan selain kembali semula ke kampung halamannya.

Sekembalinya ke kampung, Kati telah menjadi pembantu Likit iaitu seorang lelaki yang amat dibencinya.

Tetapi semakin Kati rapat dengan dekat Likit, dia menyedari bahawa perasaannya telah berubah.

Dalam usaha untuk menawan dan memenangi hati Likit, Kati cuba memasak makanan yang disukai Likit, menggunakan resipi rahsia ibunya.

Tetapi tidak kira seberapa banyak dan kuat usaha Kati, Likit tetap menganggap makanannya tidak sedap, sehingga Kati menyedari tidak ada formula tetap untuk memasak.

Akhirnya Kati sedar bahawa memasak adalah mengikut hati, seperti “cinta”