Trending

Membangunkan Taman Industri agenda utama calon PKR Serembu, Michael Saweng

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BAU: Membangunkan taman industri antara agenda calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dun Serumbu Michael Raweng sekiranya dilantik menjadi wakil rakyat.

Beliau berkata, kebanyakan taman industri serta pelaburan langsung asing tertumpu di kawasan Samajaya sehingga menyebabkan ramai di kalangan penduduk di daerah ini keluar ke pusat bandar untuk mencari pekerjaan.

“Jika kita lihat kepada Pekan Bau, tiada taman industri, oleh itu, penduduk di Serumbu ini akan turun awal pagi untuk bekerja di Kuching dan balik pada malam hari.

“Mengapa kita tidak membina taman industri di Bau dan membawa pelaburan langsung asing ke sini.

“Kenapa semua itu dibawa ke Samajaya dan institusi pembangunan lain dibangunkan di Samarahan tidak di Bau,” soalnya.

Katanya, ia antara perkara yang ingin dilaksanakan agar ekonomi di Bau dapat berkembang malah zon industri itu dapat memberikan pekerjaan kepada orang muda khususnya di Serumbu.

Sehubungan itu katanya, kebanyakan penduduk di sini yang mempunyai kemahiran dan teknikal yang tinggi memilih untuk bekerja di luar negara berbanding bekerja di sini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru