ARTIKEL

MEMBENTUK PERIBADI ANAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANAK-kanak sering diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya.

Fasa kanak-kanak sememangnya mencabar dengan minda luas mereka sentiasa mahu belajar melalui cara pemerhatian dan mengemukakan soalan.

Justeru, penting membiasakan mereka dengan nilai murni dan sedikit pendedahan untuk perkara berkaitan larangan.

Sesetengah pendapat lebih memilih untuk hanya fokus kepada perkara positif berbanding pendedahan kepada perkara negetif yang harus dielak mereka.

Ini kerana fasa tersebut minda mereka terlalu ingin tahu.

Banyak situasi yang boleh menjadi penentu ke atas peribadi anak ketika mereka dewasa. Malah, segala yang dilakukan di meja makan boleh dijadikan rujukan.

Contohnya, tidak makan kecuali selesai si ayah membaca doa dan tidak membazir.

Melihat si ayah sering menolong ibu mengemas rumah memberi gambaran bahawa kerja rumah tersebut bukan tugas si ibu sahaja.

Ada ketika ibu bapa bergelut dengan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak mereka. Sama ada berurusan dengan anak kecil yang menjerit atau remaja baran.

DISIPLIN ANAK

Justeru, disiplin amat penting dan berkesan, tetapi ibu bapa harus menggunakannya dengan cara yang betul bagi membentuk disiplin tersebut.

Jangan mengambil jalan mudah dengan terus melakukan hukuman fizikal atau jeritan, ia hanya menakutkan mereka.

Memukul anak yang memberontak mendedahkan mereka untuk turut bersifat agresif.

Cuba tenangkan anak sebelum memberi nasihat atau menegur. Tip mudah menegur anak ialah secara berdua dengan mereka.

Tindakan menegur di khalayak ramai dapat membuat mereka malu dan akhirnya nasihat tersebut tidak diendahkan.

Ketika keadaan tenang, tegur kesalahan mereka dengan nada yang tegas serta lembut. Ia penting bagi membentuk peribadi menerima teguran dan belajar daripada kesilapan.

Mereka kemudian mula belajar mengawal diri, meluahkan emosi dengan sewajarnya dan membuat pilihan berbeza pada masa hadapan.

BERKONGSI HOBI

Salah satu cara paling berkesan ialah meluang lebih banyak waktu bersama-sama anak sambil berkongsi hobi atau menyokong minat mereka.

Sekiranya mereka minat sukan tertentu, bantu mereka aktif dalam sukan tersebut. Kaedah ini menjadikan anda sebagai rujukan utama untuk minat mereka.

Sekiranya minat anak tidak sama dengan minat anda, cuba ambil tahu sedikit sebanyak minat tersebut agar mereka mudah meluah kepada anda.

Pastikan anak menjadikan anda sebagai tempat rujukan utama dan bergantung. 

Selain mengeratkan silaturahim, ia lebih selamat berbanding mereka menjadikan rakan sebaya sebagai rujukan.

Tidak sependapat juga boleh menghalang komunikasi antara anak dan ibu bapa.

GANJARAN BAGI KELAKUAN BAIK

Daripada memukul kanakkanak kerana salah laku, berikan ganjaran kepada mereka kerana bertingkah laku dengan baik.

Sebagai contoh, jika anak anda sering bergaduh dengan adik-beradik mereka, sediakan sistem ganjaran memotivasikan mereka.

Memberi insentif untuk kelakuan baik boleh sekali gus membiasakan mereka agar bertingkah laku baik. Hari ini mereka lakukan kerana ganjaran, esok mereka lakukan kerana terbiasa. 

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan