ARTIKEL

Membongkar mitos kesihatan: MINUM AIR SEJUK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARA pembaca mungkin pernah mengalami situasi meneri-ma nasihat daripada ibu bapa agar tidak mengambil minuman sejuk ketika jatuh sakit.

Masyarakat kita terbiasa dengan kepercayaan pantang larang ini yang telah diwarisi turun-temurun.

Air sejuk dipercayai melambatkan penyembuhan dan menyebabkan sakit semakin teruk.

Malah, tabiat minum air sejuk juga sering dipersalah jika seseorang itu jatuh sakit.

Bagi penggemar minuman berais, wajarkah mereka berhenti minum air sejuk demi kesihatan?

Sejauh manakah kebenaran tanggapan minuman berais tidak sihat? Fakta atau mitos?

Artikel ini membongkar mitos kesan minuman sejuk terhadap kesihatan.

Tiada bukti kajian saintifi k melaporkan minum air sejuk adalah berbahaya.

Adakah dengan meminum air sejuk akan menyempitkan saluran darah?

Mungkin.

Namun, tahukah anda bahawa banyak kajian melaporkan akan kebaikan terapi pek ais dan rendaman dalam air sejuk untuk pemulihan kecederaan otot dan merawat kesakitan.

Jadi apa bezanya dengan meminum air sejuk terus ke dalam badan. Kesannya pasti lebih kurang sama.

TIDAK BENAR

Adakah minum air sejuk tidak sihat? Ia tidak benar sama sekali.

Melainkan anda ada penyakit spesifi k yang nyata bertambah teruk dengan meminum air sejuk dan diberitahu pakar kesihatan agar tidak mengambil minuman bersuhu rendah.

Minuman sejuk sebenarnya kaedah terbaik untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas dan memastikan tubuh kita kekal terhidrasi.

Air sejuk atau air panas lebih menyihatkan?

Sesetengah pihak percaya minuman panas dapat membantu proses pencernaan.

Memandangkan usus dan perut tubuh kita adalah otot juga, air panas mungkin dapat merelakskan otot terbabit.

Pilihan di antara minuman sejuk atau panas adalah mengikut kehendak anda sendiri.

Suhu air minuman tidak mempengaruhi penyerapan nutrisi makanan dan jumlah air yang diserap usus juga tiada kaitan dengan suhu air tersebut.

ALAMI FLU

Masyarakat kita percaya minuman sejuk tidak patut diminum jika seseorang tengah mengalami fl u, sakit tekak, dan batuk-batuk.

Kajian klinikal pula mendedahkan air sejuk dapat mengurangkan penghasilan lendir dalam hidung yang sering menyebabkan batuk dan fl u bertambah teruk.

Bagi penghidap asma pula, minuman sejuk mungkin akan meningkatkan lagi kesan reaksi terhadap alahan.

Salah satu daripada daripada penyebab batuk berpanjangan juga adalah kerana penyakit asma yang tidak terkawal.

Jadi kepercayaan bahawa air sejuk tidak patut diambil ketika batuk ada benarnya, tetapi hanya untuk penghidap penyakit asma.

Jika anda tengah bersenam, minuman sejuk dapat mengawal suhu badan anda dan membantu mengurangkan haba yang menyebabkan ketegangan otot.

Hal ini meningkatkan kualiti senaman dan stamina badan.

Suhu air yang diminum tidak menjadi keutamaan untuk kesihatan badan, yang penting jumlah air yang diminum.

Kita sepatutnya minum sekurangkurangnya lapan gelas air sehari.

Tanpa air yang cukup, badan kita akan mengalami dehidrasi dan sembelit.

Untuk pengetahuan semua, sama sahaja kebaikan meminum air sejuk dengan air bersuhu biasa, iaitu menjadikan badan anda terhidrasi dan segar.

Berita baik buat anda, boleh saja minum air berais dan tidak perlu risau anda akan jatuh sakit kerananya.

Banyak mitos berkaitan suhu air minuman dan kesannya terhadap kesihatan tubuh.

Maklumat yang tidak sahih menyebabkan masyarakat kita susah mengetahui kebenaran dan percaya akan benda yang tidak benar.

Tiada rekod kajian dan fakta kesihatan yang menetapkan air panas patut diminum selalu melebihi air sejuk.

Patutkah anda minum air panas sahaja dan berhenti minum air sejuk.

Pilihan anda sendiri dan tiada kesan buruk akan terjadi jika anda hendak mencubanya.

Namun, jika anda gemar minum air sejuk, teruskan dan yang penting kekal hidrat dengan ais atau tanpa ais.

Nasihat khidmat masyarakat buat pembaca yang budiman, tidak perlu berbalah dengan orang tua anda mengenai isu suhu air yang perlu diminum.

Hormatilah orang tua dan minum air secukupnya. Panas atau sejuk. Sama sahaja.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan