ARTIKEL

Memeys Kitchen Hut pilihan makanan laut di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menjadikan ibu bapa sebagai inspirasi, mendorong Fara’ain Sebli untuk menjadi peniaga dan kini memiliki sebuah kedai makan yang dikenali sebagai Memeys Kitchen Hut di Mukah. 

Bapanya bekerja sebagai petani dan peniaga jalanan sebelum ini.

Setelah beberapa tahun, ibu bapanya membuka sebuah kedai makan.

“Saya mengambil peluang ini untuk menjadi tukang masak di kedai mereka sehinggalah pada 12 April 2015, saya membuka sendiri Memeys Kitchen Hut dan kini sudah lapan tahun beroperasi. 

“Memeys Kitchen Hut mengambil nama panggilan saya iaitu Memey.

Manakala, Kitchen pula disebabkan di Mukah belum ada yang menggunakan perkataan tersebut kerana kebanyakan mereka menggunakan nama “kafe”. 

“Jadi, apabila mengambil nama Memeys Kitchen Hut, ia menampakkan kelainan kedai makan di kawasan Mukah,” katanya kepada Suara Sarawak. 

Fara’ain, 31, atau lebih mesra disapa sebagai Memey mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam perniagaan semasa membuka kedai makan berasaskan makanan laut tersebut. 

Jelasnya, dia merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika memulakan perniagaan.

Pun begitu, dia mengambil keputusan untuk mendapatkan ilmu berkaitan perniagaan dalam tempoh beroperasi untuk memastikan perniagaan tersebut mampu bertahan lama.

“Alhamdulillah, pada usia 29 tahun, saya diberi peluang untuk memohon Diploma Perniagaan di Politeknik Mukah,” dedahnya.

LOKASI SESUAI

Terletak di kantin Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mukah, Memey mengatakan bahawa pemilihan lokasi tersebut adalah disebabkan kawasannya yang terletak di tepi sungai. 

“Ini termasuklah tempat letak kenderaan luas, fasiliti lengkap dan lokasinya yang berada di tepi sungai, sesuai untuk suasana makanan laut.

“Sehubungan itu, harga makanan laut yang disediakan di sini juga berpatutan dan menu paling popular ialah ‘masakan tiga rasa’. 

“Alhamdulillah, setakat ini, dalam sehari kami menerima lebih daripada 100 pengunjung dan sambutan sangat luar biasa daripada penduduk sekitar,” ujarnya. 

Selain itu, Memeys Kitchen Hut turut mengambil tempahan katering di kawasan Mukah dan Dalat.

MUSIM TENGKUJUH

Ujarnya, setiap perniagaan sudah tentu mempunyai cabaran yang tersendiri. 

“Tidak dinafikan, cabaran utama kami adalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah. Ini kerana, apabila musim tengkujuh harga bahan mentah terutamanya makanan laut meningkat. 

“Kami menanggung risiko yang tinggi dalam beberapa bulan sehingga ia kembali pada harga biasa,” katanya lagi. 

Dia berharap agar Memeys Kitchen Hut dapat berkembang dan memberi peluang pekerjaan kepada belia di sekitar kawasan Mukah. 

Tambahnya, kini Memeys Kitchen Hut menyediakan kad keahlian untuk pelanggan bagi mendapatkan diskaun apabila berkunjung ke kedainya. 

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU