ARTIKEL

Memperkasa Karyawan Sastera Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PERSATUAN Karyawan Sastera Sarawak (Pekasa) diwujudkan untuk memikirkan hala tuju dan kegiatan kesusasteraan di Sarawak.

Pekasa ditubuhkan secara rasmi pada 21 Julai 2005 — tercetus daripada suara kesedaran karyawan tentang perlunya gerakan secara kolektif dalam hal penting melibatkan penulis, penulisan dan kesusasteraan.

Pekasa dijadikan sebagai wahana atau pengantara yang dapat menyuarakan sesuatu secara berhemah sama ada bertukar-tukar idea, merancang kegiatan bernas dan menjurus ke arah kepentingan penulis.

Pekasa ditubuhkan selepas mendapat persetujuan semua ahli selepas perjumpaan diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 Mei 2004.

Mengimbau sejarah penubuhannya, semasa memangku jawatankuasa presiden Pekasa, Mohamad Faizal Jamil berkata, “dengan kejayaan tersebut, Pekasa akhirnya berjaya merealisasikan impiannya sebagai entiti tersendiri apabila didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai persatuan yang sah daripada segi undangundang dengan nombor pendaftaran PPM-007-13- 21072005.

“Objektif penubuhannya pula menyatu padu karyawan Sarawak yang menulis dalam bahasa Melayu, mempertahan dan memperjuangkan hak serta kepentingan karyawan Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak.

Baca lain  Muzium dengan khazah 3,000 tahun

HALA TUJU

Selain itu, ujarnya sumbangan moral dan material dalam membantu para penulis menentukan hala tuju dan cita-cita persatuan turut disalur terutama kepada penulis yang berpotensi besar dalam bidang bahasa dan sastera.

Usaha menyatu padu semua karyawan dan rakyat di negeri ini dilaksanakan menerusi penggunaan bahasa rasmi — bahasa Melayu melibatkan pelbagai aktiviti penulisan kesusasteraan Melayu, sama ada di peringkat dalam negeri Sarawak mahupun kebangsaan. 

Sebagai aktiviti tahunan, pada 20 Januari lalu Pesaka mengadakan Mesyuarat Agung Persekutuan Karyawan Sarawak ke-18 di Bilik Wacana Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS).

Mesyuarat tersebut diadakan untuk melaksanakan pembubaran Jawatankuasa Pekasa sesi 2021/ 2023 diikuti pelantikan rasmi pemilihan jawatan kuasa baharu sesi 2023/ 2025. 

Jawatankuasa baharu dilantik ialah Presiden, Ja’afar Hamdan, Timbalan Presiden, Mohamad Faizal Jamil, Naib Presiden 1 Dayang Azizah Mohd Salleh, Naib Presiden 2 Osman Zaini, Naib Presiden 3 Dr Abang Patdeli Abang Muhi. 

Jawatan Setiausaha Agung dipegang oleh Nur Raifana Abdullah, Penolong Setiausaha Agung disandang Zailah Bujang dan Shamsul Idzam Jamil selaku Bendahari.

Baca lain  Minum lewat petang Alumni Ikmas

Manakala, ahli jawatankuasa ialah Awang Kelana Awang Hassan, Nur Azshielda Sahran, Frankie Latit, Faizal Jarawi, Muhamad Bohari dan Mohd Ali Salim. 

Besar harapan Pekasa agar bahasa Melayu mampu dimartabatkan dengan meletakkan sastera dan bahasa berada pada aras yang sewajarnya.

Jelasnya, ia mampu dilaksana dengan usaha sama dan sokongan padu semua karyawan.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh