ARTIKEL

Menang sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited mahu memenangi 25 hingga 28 kerusi daripada jumlah 31 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia merupakan sasaran awal parti, meskipun dalam laungan sering didengari mereka mahu memenangi 31 kerusi secara amnya.

“Dari segi parti kita di Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB), nampaknya di semua kawasan kita dapat maklum balas boleh dikatakan putih termasuk di Kapit dan Mukah.

Alexander Nanta Linggi

“Untuk GPS pula, kita ketahui ada kawasan tertentu berdepan cabaran, justeru diharap langkah tertentu dapat diambil bagi memulihkan keadaan di kawasan tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Balingian pada Selasa.

Sebagai Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) katanya, KPDNHEP sentiasa berusaha memberikan manfaat kepada komuniti di luar bandar.

“Apabila KPDNHEP meminta kelulusan bajet pada 7 Oktober lalu, kementerian berharap peningkatan diberikan agar program tertentu termasuk usaha membantu mereka yang duduk di luar bandar jauh dari pekan dapat dilakukan.

“Ada juga bantuan lain untuk mereka yang jauh di luar bandar seperti menambah 23 pos (point of sales) yang telah kita cadangkan sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai insentif untuk Sarawak melibatkan penghantaran barang ke kawasan luar bandar seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BERITA LAIN

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang

KUANTAN, Pahang: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang

BERITA TERBARU