ARTIKEL

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (tengah) menyerahkan Sijil Pentauliahan kepada Nur Aqma Syairah Syafiqah Md Zaidi (kanan) pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali Ke-10 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Menantu Muhyiddin akan didakwa atas tuduhan pecah amanah – SPRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lepas perlu kembali ke negara ini untuk menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan membabitkan Muhammad Adlan, 48, telah pun selesai dan sudah bersedia untuk dituduh di mahkamah, namun sehingga kini beliau masih belum dapat dikesan.

“SPRM telah hantar kertas siasatan itu untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre di sini yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali hari ini.

Pada Oktober lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan telah menyerah dokumen diperlukan kepada Interpol untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya Mansoor Saat, 69.

Beberapa dokumen, termasuk draf pertuduhan kes membabitkan dua individu berkenaan telah diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan Notis Merah.

Tindakan memanggil Muhammad Adlan adalah kali pertama dilakukan oleh SPRM membabitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lepas.

— BERNAMA

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU