Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Menara telekomunikasi dibina di Long Busang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PELANCARAN... Julaihi merasmikan simbolik perlancaran Pusat Maklumat Digital Pustaka dan Sarawak Energy di Kuching, hari ini.
PELANCARAN… Julaihi merasmikan simbolik perlancaran Pusat Maklumat Digital Pustaka dan Sarawak Energy di Kuching, hari ini.

KUCHING: Penduduk di Long Busang, Belaga bakal menikmati kemudahan jaringan internet susulan menara telekomunikasi akan dibina dengan teknologi perkongsian pemancar Multi-Operator Core Network (MOCN).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi mendedahkan, pembinaan menara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya telah melakukan semakkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Sarawak dan pembinaan menara telekomunikasi tersebut sudah diluluskan.

“Menara itu akan dilengkapi peralatan MOCN dengan pengguna semua perkhidmatan telekomunikasi boleh mendapatkan jaringan telekomunikasi di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pusat Maklumat Digital Pustaka dan Sarawak Energy di Menara Sarawak Energy di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Julaihi berkata, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) kini giat mempromosikan teknologi tersebut dalam usaha memastikan jaringan internet dapat dinikmati sepenuhnya oleh penduduk di luar bandar.

“Fasa pertama melibatkan sebanyak 300 menara telekomunikasi bawah inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar (SMART) di kawasan pedalaman telah dibina dan sedang dalam pemasangan peralatan teknologi MOCN oleh SDEC,” katanya lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru