Trending

Menarik pelancong berkualiti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 dilancarkan dengan memberi tumpuan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan.

Ia sekali gus menjadi kayu ukur, seterusnya memberi impak kepada ekonomi negara.

Dasar ini mencadangkan bahawa agar tumpuan kepada pelancong lebih diberikan melalui cara pelancong berbelanja.

Ini bermakna jumlah wang besar yang dibelanjakan oleh pelancong menjadi perhatian.

Ini termasuklah melihat kepada keperluan tempoh dan masa panjang yang digunakan oleh pelancong semasa melawat dan menetap di negara ini.

Pakej pelancongan yang menarik sememangnya mampu menarik kehadiran pelancong yang ramai, namun membuat pelancong berada lebih lama di sesuatu destinasi dalam negara menjadi kayu ukur kepada kejayaan DPN ini.

Ketika pandemik bahkan pascapandemik, diramalkan masih ramai warga dunia khuatir untuk bergerak atau melakukan perjalanan atau penerbangan.

Ini tentulah memakan masa yang agak panjang. Justeru, bagi pelancong yang tidak sabar melakukan penggambaraan menikmati flora dan fauna di negara ini, mereka harus diberi alternatif untuk mengembara lebih berkualiti sekali gus berada dalam tempoh panjang di negara ini.

Di sini, peranan pelancongan sebagai pemangkin untuk pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Harapan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri agar semua pihak bersatu hati menggerakkan DPN 2020-2030 perlu disahut serius oleh rakyat Malaysia.

Ia bukan sahaja terus membantu memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan dunia, malah memastikan industri pelancongan negara berada pada landasan yang betul dan tahan uji.

Sokongan ini sekali gus memberi tumpuan kepada dasar pelancongan lestari dalam menambah pendapatan demi memberi impak kepada ekonomi negara pada masa depan khususnya pascapandemik yang terbukti meruntuhkan ekonomi dunia.

Nancy berkata, “kita” memilih untuk mengutamakan kualiti berbanding kuantiti atau yang disebut sebagai quality tourist atau high yield tourist.

Perdana Menteri sendiri ketika berucap melancarkan DPN secara dalam talian berkata matlamat corak pelancongan ini dapat dicapai melalui pendekatan melibatkan pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari, sekali gus ketahanan negara mengharungi bencana pada masa akan datang.

Sektor pelancongan merupakan industri harapan masa depan banyak negara.

Ia memerlukan dasar dan kreativiti mengolah pakej yang diperlukan oleh pelancong.

Daya tarikan dan keindahan alam semula jadi sesebuah negara adalah pertimbangan asas pemilihan pelancong.

Selain itu faktor pelancongan budaya, seni atau tarikan manusia serta pelancongan kesihatan menentukan berapa ramai peserta terlibat dan berapa panjang masa diperlukan untuk berada di sebuah negara yang dilawati.

Kreativiti mengolah bentuk pengembaraan dan menawarkan pakej pelancongan yang ramah serta mampu memberi manfaat kepada rombongan pelancongan menjadi kayu ukur kepada kejayaan DPN ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Misi capai sifar karbon

SARAWAK mengutamakan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar,

Buli haiwan sangat kejam

SEBELUM ini, ada cadangan penubuhan agensi Polis Haiwan bagi menangani kes berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru