ARTIKEL

Mencapai Arafah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEKITAR 1.5 juta umat Islam berkumpul di Makkah tahun ini mengerjakan ibadah haji.

Daripada jumlah tersebut, turut serta 31,600 jemaah haji Malaysia, selain penyertaan terbesar 241,000 jemaah Indonesia.

Sebagai kemuncak haji, jemaah menuju Masyair dengan ada yang menaiki bas untuk persiapan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah — demi meraih ganjaran haji mabrur.

Bagi jemaah haji Malaysia yang diurus Lembaga Tabung Haji (TH), jemaah bergerak dalam rombongan menaiki bas khas menuju maktab yang dibahagikan kepada empat zon.

Sebagai badan pengurusan haji terbaik diiktiraf, TH turut menyediakan bantuan khas — Safari Wukuf — bas khas ke Arafah, ditemani “pembantu” bagi jemaah warga emas yang memerlukan bantuan khusus sepanjang musim haji.

Menjadi jemaah yang mematuhi syarat visa, jemaah memiliki kad pintar “nusuk” sebagai “kad sakti” yang mudah diimbas bertujuan membantu memudahkan sistem menunaikan haji.

Tampak jelas, setiap musim, kerajaan Arab Saudi sendiri bersungguh memastikan persiapan musim haji sentiasa dipertingkatkan kualiti pengurusannya dari tahun ke tahun.

Ini termasuklah menyediakan pengimbas nusuk di perhentian sebelum bas sampai di Arafah.

TEKSI UDARA

Selaras dengan mempertingkatkan pengurusan moden haji juga, baru-baru ini Saudi melakukan percubaan bagi penggunaan teksi udara tanpa pemandu — EHang EH216-S — sebagai kemudahan akan datang sebagai persiapan menyambut waktu puncak haji.

EHang EH216-S pada masa depan berpotensi digunakan sebagai pengangkutan udara yang selamat, efektif dan berterusan.

Saudi melabur ratusan juta dolar meningkatkan skala sektor pengangkutan seiring Strategi Penerbangan Saudi yang berniat mengubah negara minyak itu menjadi pusat pelancongan penerbangan terkemuka di Timur Tengah pada 2030.

Sebelum ini, Saudi membangunkan jaringan sistem pengangkutan kereta api laju sebagai menambah baik dan memperkasa khidmat pengangkutan khususnya untuk jemaah umrah dan jemaah musim haji.

Selain memperkasa industri inapan dan perhotelan bertaraf tiga hingga lima bintang di bandar ibadah termasuk tapak Arafah, Saudi juga membangunkan khidmat inapan bilik kapsul untuk memberi keselesaan jemaah haji terutama semasa melaksanakan ibadah di Arafah, Mina dan Mudzalifah.

Pelbagai kemajuan dicapai negara “khadam dua tanah suci” umat Islam ini dalam mencipta dan menyediakan kemudahan jemaah termasuk berdepan isu cuaca ekstrem yang dapat mencapai sehingga 45-48 darjah Celsius terutama pada musim haji.

CUACA LAMPAU

Keselesaan jemaah menjadi keutamaan dengan kemudahan mendirikan ratusan payung gergasi yang dianggap terbesar di dunia bagi meredamkan suhu ekstrem.

Turut tersedia kemudahan kipas angin dengan semprotan renjisan air di setiap sudut strategik, bagi memberi suasana sejuk akibat cuaca lampau panas.

Kemudahan payung besar, kipas dengan renjisan dan unit air minuman mineral termasuk air zam-zam dan tapak untuk istirahat, membantu mengelak dehidrasi semasa melakukan ibadah, selain mengutamakan keselesaan jemaah.

Manakala, jemaah sendiri diminta patuh akan pedoman kesihatan, seperti membawa payung untuk melindungi dari sinar langsung matahari, minum air yang cukup dan beristirahat cukup antara ibadah.

Aidiladha disambut selepas ibadah wukuf di Arafah.

Begitu juga di tanah air, Muslim menyambut Aidiladha dengan melaksanakan ibadah korban sebagai mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim yang reda menerima perintah Allah.

PENYERAHAN JIWA

Berpuasa Tarwiyah dan puasa Arafah sangat dianjurkan bagi Muslim yang tidak menunaikan ibadah haji termasuk di tanah air agar turut merasakan nikmat yang dirasakan para jemaah haji.

Sesungguhnya, ibadah haji salah satu rukun Islam yang menunjukkan kesamarataan kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.

Tahun ini, jemaah bernama Sarahouda Stiti berusia 130 tahun dari Aljazair, menjadi tamu tertua Raja yang disambut hangat oleh Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada Selasa lepas.

Kehadirannya menginspirasi banyak orang atas semangatnya sanggup berangkat ke Makkah menunaikan haji pada usia senjanya.

Manakala, berdepan kisah pilu warga Gaza yang bakal menyambut Aidiladha di sebalik dentuman bom Israel, Arab Saudi sedia menampung 1,000 jemaah Palestin daripada jumlah keseluruhan 2,000 jemaah — terdiri daripada keluarga mangsa serbuan Israel di Gaza – melaksanakan haji kali ini.

Di sebalik musim haji kali ini warga Palestin menyambut Aidiladha di celah-celah lontaran dan dentuman brutal bom Israel yang sudah menewaskan lebih 37,000 jiwa itu.

Sesungguhnya, ibadah haji dan Aidiladha mengajar kita erti berkorban dan melakukan pengorbanan.

BERITA LAIN

Sasaran 70 emas realistik

SEBAGAI tuan rumah dan selaku bekas juara tiga kali berturut-turut (1990, 1992 dan 1994), adalah wajar untuk kontinjen Sarawak mengimpikan kejuaraan keempat temasya sukan berprestij

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

Jutawan 60 tahun

PENGARAH Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak Aminuddin Abdul Aziz mendedahkan kepada Suara Sarawak — di Sarawak sekitar 1,700 daripada 850,000 pencarum daripada pelbagai

BERITA TERBARU

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat