Trending

Mencari Zulaikha

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

HARI Sabtu biasanya ayah membawa kami ke pasar malam.

Dalam kesibukan kerja ayah tidak pernah terlupa meluangkan masa bersama kami.

Ayah hanyA bekerja sebagai pemandu, tetapi pada hujung minggu ayah tidak bekerja.

Walaupun adakalanya hujung minggu apabila diperlukan hadir bekerja, ayah tetap menitipkan senyuman dan menerangkan sebab tidak dapat beriadah.

Kami berasa sangat gembira kerana ayah sentiasa mengambil berat tentang kami.

Ayah memang seorang yang tegas, tetapi pada masa yang sama ayah seorang yang penyayang.

Ayah juga sering memberi nasihat kepada kami supaya memahami tentang sesuatu keadaan.

Waktu terluang merupakan waktu untuk seisi keluarga berkumpul.

Ketika saya dan adik Zulaikha ralit bermain di ruang tamu ayah muncul depan kami.

“Cepat siap, kita hendak ke pasar malam ini,” ujar ayah.

Saya dan Zulaikha meloncat kegirangan dan menjawab, “yeay, Pasar malam!” kemudian kami berlari ke bilik dan bersiap.

Ibu pun turut sama bersiap di dalam bilik.

Setelah semuanya sudah selesai bersiap kami keluar menaiki kereta ‘Axia’ berwarna merah.

Walaupun kereta kecil cukup memuat kami empat orang.

Perjalanan ke pasar malam hanya sejauh dua kilometer dari rumah kami.

Dalam perjalanan saya dan adik bernyanyi sepuas hati kerana berasa sangat gembira.

Ayah tertawa melayan keletah kami begitu juga ibu.

Setiba di tapak parkir dan meletakkan kereta, kami keluar dan terus menuju pasar malam.

Seperti biasa suasana sesak dengan kehadiran pengunjung.

Ayah menggenggam erat tangan Zulaikha.

Ibu berjalan di sebelah ayah sambil menggengam tangan saya.

“Ayah, hari ini ikha hendak makan sotong goreng boleh?” kata Zulaikha.

“Ya, boleh sayang,” ayah membalas.

Setelah tiba di gerai sotong goreng ayah memesan dua ekor sotong goreng.

Setelah siap dibungkus ayah bertanya, “berapa semuanya?” Penjual menjawab, “sepuluh ringgit sahaja, bang,” balasnya.

“Sekejap ya,” sambil mengeluarkan dompet, ayah melepaskan tangan Zulaikha dari genggaman.

Setelah membayar sotong goreng tersebut, ayah mahu menghulurkannya kepada Zulaikha, tetapi Zulaikha telah hilang dari pandangan.

Ayah menjadi cemas dan segera mendapatkan kami di gerai nasi ayam.

Ibu bertanya kepada ayah, “kenapa abang?” ayah membalas, “Zulaikha hilang.” Keadaan menjadi huru-hara.

Kami sama-sama memanggil nama ‘Zulaikha’.

Kami bertanya setiap penjual yang berada di pasar malam, tetapi semua mengatakan tidak nampak.

Kami tidak berputus asa sambil melihat sekeliling dan melihat setiap laluan yang ada.

Kemudian datang penjaga pasar malam ke arah kami.

“Encik, cari anak encik ke?” ayah menjawab ‘ya’.

“Encik tahu ke di mana dia?”

Penjaga tersebut menjawab, “anak encik sedang bermain dengan kucing di belakang gerai sana.”

Kami bergegas mendapatkan Zulaikha.

“Allahu, Zulaikha kenapa buat ayah macam ini?” kata ayah.

“Tadi Ikha ternampak kucing ini, Ikha kasihan mungkin dia lapar,” kata Zulaikha.

“Sebab itu Ikha bermain dengan dia,” tambah Zulaikha.

“Lain kali jangan buat macam ini.”

“Kalau hendak beri makan kucing beritahu ayah.

Ayah risau tahu tak.”

“Maaf ayah, Ikha tak sengaja.” “Ikha hendak beli apa lagi?” tanya ayah.

“Ikha nak donut boleh?” “Boleh sayang.”

Setelah penat berjalan, kami ke tapak parkir.

Sebelum bergerak ayah memastikan semuanya sudah berada di dalam kereta.

Ayah menghidupkan enjin kereta dan kami bergerak pulang ke rumah.

KARYA: ADAM BUCK LEE
KUALA LUMPUR
JULAI 2023

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

TEKANAN EMOSI DAN JIWA

Tekanan emosi atau stres merupakan situasi didepani jiwa seseorang tatkala

BUDAYAKAN SUKAN

TIDAK dinafi kan, salah satu usaha untuk kekal sihat secara

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru