ARTIKEL

Mendaki sambil menikmati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN terkenal dengan kawasan geografi bergunung dan berbukit.

Ia membuatkan peminat aktiviti mendaki tertawan untuk cuba menawan gunung yang ada di Serian.

Menurut laman Sarawak More To Discover – Serian, suhu pada Januari paling sejuk dan cuaca lebih panas pada Mei.

Serian mengalami suhu antara 23 hingga 31 darjah Celsius kerana iklim tropikanya sederhana menjadikan ia kaya alam hijau.

Kali ini, penulis ingin membawa pembaca meneroka lokasi gunung yang terdapat di Serian, yang pasti menarik minat anda untuk mencuba menawan puncak gunung.

GUNUNG AMPUNGAN

Perjalanan menuju ke Gunung Ampungan memakan masa satu jam 46 minit dari Kuching.

Setibanya di Kampung Remun, pendakian mengambil masa dua jam dan sepanjang perjalanan, pendaki dapat menikmati suasana alam menghijau.

Persekitaran gunung ini dikelilingi kebun penduduk Kampung Remun — penduduk paling hampir dengan Gunung Ampungan.

Gunung Ampungan dikatakan mempunyai empat sudut pandangan yang membolehkan pendaki melihat Serian dari atas gunung tersebut.

Jika bertuah dan cuaca elok, pendaki boleh melihat lautan awan dan merasakan suhu dingin di puncak serta dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dengan jelas.

Baca lain  Kasih Ramadan TBS santuni Asnaf dan Fakir

Selain itu, terdapat air terjun Kampung Remun yang terletak di kaki gunung.

GUNUNG SEMUJA

Gunung Semuja ialah puncak di Serian, Sarawak dan mempunyai ketinggian 716 meter.

Gunung Semuja terletak berhampiran Kampung Slabi Sengkam dan Kampung Longgo.

Gunung Semuja umumnya dianggap sebagai laluan sederhana mencabar dan mengambil masa purata 58 minit untuk diselesaikan mengikut ketahanan stamina masing-masing.

Bagi peminat aktiviti mendaki, lokasi ini boleh termasuk dalam senarai wajib untuk mencabar diri.

Sepanjang laluan ini, ada beberapa bahagian landai dan agak curam di kawasan tertentu.

Pada saat hendak melalui laluan ke puncak, anda dapat melihat keindahan kepelbagaian biologi yang kaya di rantau ini.

Apabila sampai ke puncak Gunung Semuja, pendaki pasti dipukau dengan panorama indah.

Malah, dapat dilihat dari jauh banjaran Gunung Kelingkang — sempadan pemisah Sarawak dengan Kalimantan.

BERITA LAIN

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak. Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik

Lebih santai, pelanggan selesa

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan. “Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta

TWFTY studio gambar kendiri

BERMULA sekadar hobi, aktiviti merakam video kandungan media sosial kini menjadi kerjaya menjana pendapatan. Pengarah TWFTV Studio, Muhammad Nur Faiq Mohamad berkata, dia tidak menyangka

Sedia panduan tepat untuk remaja

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama

BERITA TERBARU