ARTIKEL

Foto CENTEXS Commercial

Mendalami ilmu pemasaran digital anjuran Centexs Commercial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 11 peserta berpeluang mengikuti kursus pemasaran digital anjuran Centexs Commercial bertempat di Galeri Songket & Keringkam pagi Sabtu, hari ini.

Peserta kursus terdiri daripada lima staf dari organisasi Suara Sarawak dan News Sarawak Tribune serta enam peserta dari syarikat Raya Khas.

Kelas bertajuk ‘Connecting Communities Through Digital Marketing’ dikendalikan oleh pengajar bertauliah dari Centexs Commercial, Bebe Yanti Mohamed.

Menurut Bebe, perkara penting dalam pemasaran adalah mencapai sasaran yang merupakan kepuasan bagi beliau yang terlibat dalam bidang tersebut.

“Pemasaran digital meliputi beberapa saluran untuk mempromosi produk, perkhidmatan dan jenama menggunakan teknologi dan media sosial dalam memberi kesedaran kepada golongan sasaran.”

“Ada beberapa teknik dan kaedah pemasaran seperti konsep 4P, pemasaran media sosial, pemasaran konten dan nilai atau manfaat jualan perlu dikuasai sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang diingini”, ujar Bebe lagi.

Pemasaran digital juga menekankan peri pentingnya pangkalan data, e-mel dan komuniti, malah maklumat pesaing perlu diambil kira.

Para peserta teruja dan memberi komitmen sepanjang tiga jam kursus berlangsung.

Dalam sesi akhir kursus tersebut, Bebe berpesan kepada para peserta agar mempraktik ilmu yang dipelajari dan jangan berhenti belajar sebaliknya dalami terus bidang pemasaran digital ini.

Foto CENTEXS Commercial

BERITA LAIN

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

BERITA TERBARU