ARTIKEL

Revd Canon Bradley mengetuai upacara pengebumian mendiang Donald.

Mendiang Donald Lawan selamat dikebumi di Taman Peringatan Nirvana Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Upacara pengebumian Datuk Donald Lawan, yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, selesai dilaksanakan di Taman Peringatan Nirvana di Jalan Bau, hari ini.

Sebelum ini, upacara sembahyang telah diadakan di Gereja Anglikan St Faith yang diketuai Revd Canon Bradley Sangan.

Upacara yang bermula sekitar jam 9.20 pagi itu turut dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat mendiang.

Dalam majlis tersebut, anak-anak dan cucu-cucu mendiang turut memberikan penghormatan yang mengharukan kepadanya dengan sanjungan yang tulus ikhlas.

Dilahirkan pada 19 Mei 1943, Donald meninggal dunia di usia 81 tahun pada 11Jun lepas akibat sakit jantung.

Beliau merupakan ahli perniagaan terkemuka yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri sebelum menjadi ADUN Bukit Begunan.

Keluarga, saudara mara dan rakan-rakan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Donald.
Ahli keluarga mendiang Donald memberi penghormatan terakhir.

Susulan pemergiannya, anak lelaki Donald, iaitu Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, meluahkan rasa amat sedih dan duka.

“Rehatlah dengan tenang (RIP) ayah yang menjadi tonggak dan kekuatan saya.

“Ayah pergi terlalu cepat,” katanya dalam catatan Facebook pada 11 Jun lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU