ARTIKEL

Menekuni karya gaya B40SF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAZIMNYA setiap penulis ada kaedah yang unik dan tersendiri menekuni karya masing-masing.

Ada yang sedar dirinya ada gaya dan teknik tertentu menghasilkan karyanya.

Dalam keadaan begini, seseorang penulis akan sengaja menggunakan teknik yang dipilihnya untuk menghasilkan karyanya.

Ada pula penulis yang tidak sedar bahawa dia ada teknik.

Namun, karyanya siap juga dan apabila dihantar ke penerbitan, terbit juga.

Karya yang dipilih untuk dihasilkan pun, keunikan dan keasingan antara individu tetap ada.

Tidak pernah ada dua penulis mempunyai karya sajak yang tipikal sama kecuali melalui proses jiplak.

Penulisan karya melalui proses jiplak ialah jenayah sastera yang tidak pernah diterima walaupun peniruan atau ikut-ikutan penulis tertentu oleh penulis lain tetap direstui, dibenarkan.

Begitu juga dengan kecenderungan untuk meniru, pengaruh-mempengaruhi antara penulis, tetap wujud.

Karya silang budaya juga sering wujud malah dalam proses berkarya, memang ada guru-guru sastera dengan sedar dan sengaja menyuruh dan mempengaruhi pengkarya bimbingannya untuk memilih penulis idola masing-masing.

Ketika menekuni karya saya, atau apa-apa sahaja kerja penulisan saya, dalam pencarian yang panjang, kini saya mengamalkan penggunaan B40SF.

Gaya B40SF ini dirujuk sebagai journalist guestions dalam dunia kewartawanan.

Journalists questions disebut juga sebagai WH Questions.

Istilah rujukan ini diterjemahkan sebagai soalan wartawan dalam bahasa Melayu.

Dalam bidang komunikasi, disebut pula sebagai SIABIDIBAM.

Saya pernah melakukan ivovasi terhadap SIABIDIBAM dengan merujukinya sebagai SiABiDiBaMBeY.

BeY di hujung itu ialah kata tanya berapa dan yang mana.

Akhirnya saya cipta kaedah B40SF iaitu dengan membina minimum lima soalan menggunakan setiap satu kata tanya dalam akronim SiABiDiBaMBeY itu menjadikannya (5 soalan x 8 kata soal) 40 soalan.

Dulu, sebelum saya cipta kaedah dan teknik penulisan ini, saya menulis secara semberono sahaja.

Saya tidak hirau pembaca hendak komen apa-apa sahaja tentang karya saya.

Bagi saya, komen dalam dimensi PMI (komen positif, komen negatif, komen yang menarik), semuanya ialah hak pembaca.

Jika ada karya saya yang tersiar, saya gembira.

Saya berterima kasih.

Saya bersyukur.

Namun, apabila tercipta kaedah dan teknik begini, karya saya karya terpilih.

Saya akan memilih untuk menulis apa? Saya tidak semberono lagi dalam penghasilan karya saya.

Kerja saya menjadi lebih teliti. Lebih teratur.

Fokus saya jelas.

Umpamanya jika saya menghasilkan sesebuah puisi, soalan Siapa (Tentang siapa puisi ini?

Untuk siapa sasarannya?

Siapa yang akan membacanya?

Siapa yang akan menerbitkannya?

Siapa yang saya kritik?) Semuanya terjawab dengan jelas dalam fikiran saya.

Lazimnya saya akan memikirkan lebih daripada lima soalan bagi setiap kata tanya tentang sesebuah karya yang hendakk saya hasilkan.

Seterusnya, perlahan-lahan saya mengenali kritikan sastera.

Mata kuliah kritikan sastera pada tahap ijazah pertama, dalam tahun 1987, membuka mata hati saya bahawa perjalanan karya sastera saya masih jauh, sangat jauh.

Pengarang rupa-rupanya menulis dengan falsafah dan pemikiran.

Penulis besar menulis dengan teori tertentu dalam kesedaran karya mereka.

Ada yang mengaku, mereka menerapkan atau menggunakan teori sastera tertentu untuk menghasilkan karya sasteranya.

Namun, ada pula karya yang terhasil secara semberono sahaja.

Tidak kurang pula penulis besar yang mengaku bahawa mereka menghasilkan karya tanpa apa-apa teori, kaedah atau teknik.

Namun saya percaya bahawa karya sastera ialah buah tangan yang bernilai tinggi.

Karya sastera terhasil melalui usaha berfikir yang rinci dan mendalam.

Karya sastera ialah buah tangan yang terhasil secara sungguh-sungguh.

Tidak mungkin ada karya yang lahir secara main-main.

Jika ada, maka karya itu ialah kerja main-main, kualitinya mainmain, dan penerimaan orang pun main-main.

Kritikan sastera menyerlahkan kemungkinan atau keperluan pelbagai ilmu perlu diserapkan dan diterapkan secara semula jadi dan secara asimilasi ke dalam karya.

Sama ada disedari penulisnya atau tidak, proses itu tetap berlaku.

Daripada penerapan ilmu itu berlangsung secara tidak sedar, bagi saya, lebih baik berlangsung secara sedar.

Umpamanya jika kita mahu menerapkan ilmu sains ke dalam karya sastera, ilmu sains itu hendaklah jelas dalam fikiran kita. Teknik dan kaedah penerapannya juga hendaklah jelas.

“Aku nak masukkan ilmu geosains (seperti ombak yang menghakis gigi pantai) ini bagaimana ke dalam puisiku ini?”

Namun saya masih merabaraba mencari kaedahnya, khususnya ketika menekuni karya.

Ada ketikanya terjadi secara tempel-tempelan, masuk-masukan secara paksa, tidak semula jadi sifatnya.

Saya kira cara begini, salah. Kualiti karya tidak tinggi (rendah).

Bagi saya perlu ada kaedahnya.

Para penulis yang sudah berjaya mungkin enggan menyatakan rahsia mereka.

Atau memang benar bahawa mereka tidak ada proses atau kaedah yang khusus.

Biarkanlah, itu rahsia mereka. Kali ini, saya perkenalkan teknik B40SF untuk sesebuah karya.

Apabila hendak mengarang, saya akan memikirkan lapan kata tanya: dalam akronim SiABiDiBaMBeY (siapa, apa, bila, di mana, bagaimana, mengapa, berapa, yang mana).

Sebagai contoh, ketika memikirkan puisi bertema Aidilfitri, saya terus mencipta soalan

1. Siapa?

2. Apa?

3. Bila?

4. Di mana?

5. Bagaimana?

6. Mengapa?

7. Berapa?

8. Yang mana?

Puisi Izinkan Pada Aidilfitri Ini terhasil melalui penyoalan (siapa) Siapa pembaca puisi ini?

Siapakah yang akan menerbitkannya?

Siapakah yang mungkin menilai puisi ini?

Jika saya deklamasikan, siapakah audiensnya?

Tentang siapakah puisi ini?

Kebetulan puisi ini berjaya saya deklamasikan di Kampung Hulu Serian dalam Majlis Ramah-tamah Aidilfitri pada 3 Mei lalu.

BERITA LAIN

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

BERITA TERBARU