ARTIKEL

Gambar hiasan

Mengaku bunuh rakan, bekas pelajar Tingkatan Enam dihukum penjara 30 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pelajar Tingkatan Enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku bersalah membunuh Siti Nur Suraya Ismail, 19.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu 2 Nov 2020.

Mengikut pertuduhan, Siti Nur Athirah didakwa membunuh Siti Nur Surya di rumah mangsa di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 Nov 2020. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun hanya mengenakan hukuman pemenjaraan terhadap tertuduh ekoran pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Azura Ghazali. 

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan mati berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik bongsunya yang baru pulang dari sekolah. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU