KOTA SAMARAHAN: Seorang guru mengaji al-Quran mengaku tidak bersalah melakukan seks luar tabii dengan seorang penuntut dibebaskan dengan jaminan RM2,000 tunai dengan seorang penjamin tempatan semalam.
Majistret Afidah Abdul Rahman mengarahkan lelaki berusia 31 tahun itu dibebaskan sementara sebutan semula kes pada 29 Januari depan.
Lelaki berasal dari kawasan Petra Jaya itu didakwa selepas meminta seorang penuntut lelaki memasukkan alat sulit ke bahagian punggung tertuduh.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di dalam sebuah tandas di sebuah masjid di Kota Samarahan pada bulan Jun 2019.
Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Tan Kion Kok sementara tertuduh diwakili peguamnya.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my