Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Mengamuk dituduh membuang sampah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Suspek ditahan selepas mengamuk dan mengugut membunuh suami sepupunya menggunakan sebilah kapak.
Suspek ditahan selepas mengamuk dan mengugut membunuh suami sepupunya menggunakan sebilah kapak.

PADAWAN: Seorang lelaki ditangkap selepas mengamuk dan mengugut membunuh suami sepupunya menggunakan sebilah kapak, kerana menuduhnya membuang sampah.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian dilaporkan berlaku di hadapan rumah mangsa di Kampung Nyabut, Trombol, Jalan Telaga Air di sini kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

Katanya susulan laporan yang dibuat oleh sepupu suspek (isteri mangsa), sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan telah menangkap suspek yang berusia 31 tahun itu di rumahnya di Lorong 2, Kampung Nyabut Trombol, kira-kira jam 6.30 petang hari ini.

“Turut dirampas sebilah kapak yang digunakan oleh suspek untuk menakutkan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abang Zainal, siasatan awal mendapati suspek yang bersenjatakan sebilah kapak telah datang ke rumah pengadu, 37, sambil berteriak memanggil suami pengadu yang berada dalam rumah dan mengugut membunuhnya.

Namun, beliau berkata oleh kerana bimbang sesuatu berlaku, suami pengadu tidak menyahut panggilan suspek dan hanya berdiam diri di dalam rumah sahaja.

“Punca suspek mengamuk adalah kerana tidak berpuas hati apabila dituduh membuang sampah di kawasan rumah pengadu,” katanya.

Beliau menambah turut berada di tempat kejadian adalah ibu dan bapa suspek, yang cuba menenangkannya.

“Semasa suspek melibas kapak, bapanya telah cuba merampas kapak dari tangannya menyebabkan mengalami luka di bahagian tapak tangan.

“Mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak dan tiada kecederaan serius,” katanya.

Abang Zainal berkata suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan